Kampung ku bernama Kampung Belukar, (Ejaan dlam bahasa english, Blue Car). Ini Kampung ku sebelah mak aku. Aku telah dididik di kampung ni sejak dari kecil lg, sehinggalah ke darjah satu, aku berpindah ke Pasir Puteh. Alamat kampung aku dalam id pengenalan aku adalah Kg Belukar, Simpang 3 Pendek, Kota Bharu, Kelantan. Dari sini lah aku mendapat nama Pendek (Ejaan Pendek bukan seperti ejaan pendek=Short). Sehinggalah darjah 3, aku kembali ke kampung aku ini. Sejak inilah, kehidupan aku sebagai seorang jaguh kampung bermula. Bermacam-macam aktiviti aku buat, antaranya ronda-ronda kampung gune basikal. Oleh kerana ketiadaan moto, basikal pon jadi la. Sejak ini lah, aku tau tentang selok-belok basikal dan pada masa sama, aku menjadi "pormen basikal". Berbasikal ke sekolah yang jauhnya 2 kilometer sudah biase bagi aku, Begini lah kehidupan aku di kampung.
Dalam kampung aku ini, semua orang aku kenal. Dari kecik sehinggalah besar. Kawan-kawan sebaya, kawan yang tua, remaja-remaja sudah tntu aku kenal. Akan tetapi, kehidupan aku ini tidak kekal sehinggalah aku terpakse berpindah lagi. Merantau di tempat orang, mencari kawan baru. Secara tidak langsung, kehidupanku berubah. Taun demi taun, sekolah demi sekolah, aku berpindah. Aku hanya pulang ke kampung untuk beraya sahaja. Jauh bukan penghalang untuk aku melupakan kampung aku ini. Berita demi berita mak ayah aku sampai kan. Kematian demi kematian aku dengar. Seorang demi seorang pergi meninggalkan kampung aku ini. Orang muda meninggalkan kampung, demi ilmu. Orang tua semakin lama semakin kurang. Saudara mara ku pon same. Makin berkurang. Dalam 2 taun, sudah 4 orang kaum kerabat ku pergi. Kini, suasana kampungku tidak lagi seperti dulu. Tidak meriah, mungkin senyap tanpa hilai tawa kaum kerabat ku.
Akan Tetapi,
Kampung Belukar tetap Kampung ku.
Akanku pulang meriahkan kampung itu. Dengan kejayaan yang aku pasti akan aku gengam.
~InsyaAllah~
3 comments:
Kg Belukar fames gak untuk aku..antara kg y selalu dikunjungi oleh keluarga aku..dlm 30minit dr kg seri damai.ramai adik beradik aku lahir kat situ sebab mak sedara aku jd bidan. nama oficial die kg batu 3.5.tp ak x tau nape org pggil kg belukar (sebutan die blukor)..bile aku dh besor ni, dh x p sana..tp dlm at mmg ade nk p, nk bbaik2 ngan sdaramara.
heh, naper name ko x jd belukar jer??? adib_belukar?? hahaha
haha..ntah lah abi oi..myb huduh kot name tuh. haha
Post a Comment