Wah, aku balik kampung lagi. Tujuan raya rasanya. Aku malas nak balik kampung, dengan kerja yang belum siap. Kalau diikutkan, kalau kawan-kawan aku tidak balik, sudah semestinya aku tidak balik. paling kurang, 4 org. Sebabnya agak relavent, untuk menumpaskan AI yang macam sial rentak permainan DoTa nya itu. Nak tak nak, aku kene balik juga.
Bertolak pada pukul 9 lebih, kalau tidak salah aku. Dengan laparnya, parent aku berhajat untuk makan burger sahaja pada malam itu. Wah, sebijik mana cukup untuk aku. Lihat saja lah rupe physical aku y tough ini, mane cukup dengan sebijik. Katanya, malam nanti nak makan lagi. Aku pun iyakan sajalah. Keluar sahaja nak masuk simpang keluar rumah, parent aku kepelikan. Kenapa malam ini sungguh meriah keadaannya diatas jalan. Sebab ramai yang keluar berpusu-pusu. Bapak aku mengeluarkan spekulasi yang agak bernas, orang sume nak balik kampung. ooooo...ok..
Masuk sahaja Highway Karak, aku kepelikan. Dengan sangkaan aku yang highway yang agak menakutkan, menjadi highway yang jem. Yelah, jalan utama untuk balik ke 3 buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Dengan kelajuan 60-80 km/h, itu sudah dianggap slow bagi aku kerana biasanya, 100 km/h adalah limit biase yang pemandu-pemandu kereta kenekan. So, aku melayan sahajalah jalan yang jem itu. Kadang-kadang, syok juga melihat lampu brek kenderaan yang sedang menurun bukit. Seakan-akan, kelip-kelip yang berwarna merah.....
9 orang termasuk budak-budak kecik didalam sebuah Unser. Keaddan agak sesak, tapi aku nyenyak jer tido dalam kesesakan itu. Sedar je, unser sudah berhenti di tepi jalan. Sebab bapak aku keletihan. Kalo ikutkan, aku nak je tukar, tapi die tidak membenarkan dengan alasan jalas sesak dan kereta laju. Aku pon ape lagi, tidor jela. Solat subuh di R&R Gua musang. Then, terus sambung tidur. Last - last aku sedar dah dekat rumah aku. Dalam diam-diam, aku telah berada didalam kereta selama 12 jam. Wah, memang patut lah belakag aku sakit...
Berehat sebantar untukl sarapan pagi, dan terus keluar untuk ke KB Mall untuk hantar adik aku dan membeli hadiah perkahwinan sepupu mak aku. Aku pon tidak tahu macam mane nak me-relation-kan orang itu. So, seperti biasa, jalan di kota bharu dipenuhi dengan kereta-kereta yang ber-plat-kan luar. Seperti WHG9123. (no sape ntah aku belasah..). Pulang sahaja kerumah, aku terus mampus, diatas sofa atuk aku. Sedar-sedar je, dah nak bertolak ke rumah pengantin tu. Dalam keadaan mamai, atuk aku suruh aku mejadi driver. Aku tidak lah menolak kerana tiada orang lagi yang boleh memandu. Yang penting, aku telah banyak di sound oleh atuk aku, walaupon aku telah memandu seberhemah yang mungkin. Pergi sahaja telah mengambil masa sejam, aku amat keletihan tapi aku layan jer.....
So, malam nie, aku nak tido awal...untuk mencari idea ntuk ape yang akan terjadi esok....