Monday, 8 December 2008

~Holidayz story = 3rd dayz~

Wah..hari pertama aku bangun awal di kampung aku. Suasana yang agak suram, dan juga sejuk membuatkan aku tidur lena. Bangun sahaja, aku terus pergi mandi. Menggunakan skil abi yang mandi, solat dan sambung tidur. Selesai sahaja solat, aku pon terus tidur. Nak breakfast, tiada apa untuk makan sebab disunatkan berpuasa dari makan sebelum solat sunat. Solat sunat kat masjid start pukul 0830. Kira-kira dalam pukul 0815, aku terus bangun dengan muka mngantuknya. Kalo ikutkan hati aku, hendak sahaja aku pergi ke masjid dengan sweater dan kain pelikat tu. Memandangkan sume orang lelaki dalam keluarga aku memakai baju melayu, siap degan samping lagi, ape lagi, tergoncang juga aku hendak pakai macam tu. Tapi aku malas. So, aku pakai jela baju melayu yang tidak bergosok itu. Kalo ade orang tanye nape tak gosok baju, aku nk jawab, Itulah tanda orang itu masih single....=p

Selepas sahaja solat, aku breakfast dan terus pergi ke tempatpenyembelihan lembu. Kawasan titu berdekatan dengan rumah kawan baik aku semasa aku kecik. So, keluarga die sememangnya kenal aku lah. Aku berada di luar rumah, tiba-tiba sahaja, mak aku panggil. Katanya nak wakilkan kepada aku dalam jual beli lembu tu. So, dengan tiada ilmu, aku pergi sahajalah. Ingatkan susah, tetapi mudah sahaja. Bila penjual lembu itu melafazkan, "aku jual satu bahagian lembu dalam 7 bahagian kepada engkau". aku jawab jela, " aku beli satu bahagian lembu dalam 7bahagian". Dalam kelompok aku, satu bahagian berharga RM 260. Selepas itu, masuk kembali kedalam rumah, tetapi, ade jer yang mak aku kenalkan kepada kaum kerabat kawan baik aku tu. Aku pon senyum-senyum sahajalah. Then, ade jer makcik mane ntah yang tanye, "heh,ado gewe doh ko nie?". aku tak sangka ade soalan cepumas time-time camni. Adeh, merah muke aku time 2....

Hari ni, aku dah jatuhkan 2 ekor lembu. Almaklum sajalah, orang muda. Orang kampung memang nak. Lebih bertenaga. So, aku pegang jela tali tu. Bila orang suruh taki kuat-kuat, aku tarik ajalahh..hehe...mudah betul kerja. Yang paling leceh, kerja memproses bahagian-bahagian lembu tu. Adehh..letih bangat. Dah la kurang orang, pisau memotong ade 4 jer. Orang ade dalam 7 orang. Memang letih dan lame. Hehh..balik saja ke rumah, aku trus pengsan diatas katil aku di ruang tamu 2......

1 comments:

RedBloodCell said...

eh3, perlukah disertakan skilku bgn pagi itu??? hahaha, br bgn awl cket dah bangge:P,

Followers