Monday, 1 December 2008

~experience..~

Experience? whats that? Aku tidak tahu apakah itu makna sebenar pengalaman, sehingglah' my dear' memberitahu apakah itu pengalaman. Tetapi, aku tidak paham juga sehinggalah aku paham ape makna sebenarnya pengalaman. Bagi aku, pengalaman itu timbul apabila seseorang keluar dari tempatnya, atau keluar dari sesuatu yang dia biasa lakukan. 8 jam, tambah 5 jam, sudah cukup untuk aku pahami apakah itu pengalaman....

Bagi percutian aku ini, pengalaman itu timbul apabila kita melakukan sesuatu yang luar biasa, yang mana orang lain tidak melakukannya. Pengalaman hari pertama percutian adalah mencari Hentian Duta. Aku tahu jalan yang mudah untuk pergi ke situ, akan tetapi, wandi dengan suka citanya ingin meninba pengalaman dengan mencari hentian itu dengan google maps. Katanya, mengikut map itu, jalan yang terdekat adalah dengan berhenti di KTM sentul iaitu 3.3 km dari Hentian duta. So, aku tidak kisahlah sebab duit bkn segala-galanya. Ternyata idea wandai itu agak bernas, walaupon ade sedikit 'corruption' dengan duit tambang teksi itu.

Pengalaman kedua bermula pada pagi sabtu dimana aku, andok, wandai dan orang yang kurang femes, hehe...mengajak aku masuk ke bendang. Katanya mahu menyulam pagi. Aku dengan cergasnya walaupon tidak pernah aku membuat kerja itu. Turun sahaja ke sawah, selut yang paras paha aku dengan berjalan yang amat perlahan, membuatkan aku sedar yang bertapa susahnya orang dulu-dulu yang mana kerjanya di sawah. Kalo diikutkan, duit yang dapat itu, sudah cukup untuk hidup setahun. RM2000 bagi serelung padi, kalo ade banyak relung, paham-paham sajalah. Itu bagi sekali tanam. Padi hanya berbuah dua kali (adehh, btul ke x aku grammar aku nie..hehe), lagi la cukup untuk hidup. Tiba-tiba jer aku merasakan yang hidup di kampung lebih senang dan tenang.....

Pengalaman seterusnya bermula di majlis kenduri anak buah pakcik musa. Kami tiba dirumahnya sebelum kenduri. Sebelum kenduri, orang kampung dengan ramainya, bergotong-royong untuk siapkan majlis khemah. Tiba sahaja hari kenduri, orang kampung dengan ramainya, 'membelasah' gulai-gulai yang mereka buat itu. Habis sahaja kenduri, orang kampung dengan ramainya, bergotong royong untuk meruntuhkan khemah dan sebagainya, Ternyata, semangat bergotong royong memang 'hidup' di kampung. Akan tetapi, kemanakah semangat ini menghilang di bandar-bandar besar.........

Hari seterusnya kami bermandi manda di Puncak Janing di Kuala Nerang. Keadaan tempatnya sangatlah baik untuk berkelah. Airnya pon tidak lah sedalam mana. Bagus untuk golongan single ataupon keluarga. Kami pergi dengan sukanya, bermandi manda, tiba-tiba andoc-wandai ingin belajar berenang..Aku dan nabil tunjuk ajarlah ape-ape yang boleh. Sebelum itu juga, kami telah mangajar andoc dan wandai ketika mandi manda di parit selepas menyulam padi. Setelah 3jam di Puncak Janing, yang dapat aku simpulkan, wandai dah dapat berenang, walaupon baru beginner, dan andoc telah dapat terapung. Itu sudah cukup. ohhhh...aku terlupa, abi yang kononnye tidak pandai terapung walaupon tahu berenang pon, telah tahu macam mana hendak terapung..Ape yang penting, kerjasama....

Banyak lagi yang aku hendak ceritakan, tetapi aku malas....nanti-nantilah aku ceritakan... =p

6 comments:

Anonymous said...

sengal. kalau dah tau, cakap sajalah. adoyai, senang cerita.

Anonymous said...

"Bagus untuk golongan single ataupon keluarga."

ayat tak boleh blah!haha;p

yea.kampung adalah tempat yang tenang.walaupun di kampung terdapat makcik2 yang suka meng'anyam ketupat' di waktu petang mahupun kenduri kendara,tetapi toleransi dan ape yang penting...?kerjasama itu ada. sambil mereka meng'anyam ketupat', boleh aku merasa juadah minum petang yang dibawa oleh mereka.yang sungguh enak di makan begitu sahaja.

kebanyakan kenduri di kampung mengasingkan tempat duduk wanita dan lelaki. maka kalau mahu meyinsing lengan baju untuk 'membelasah' gulai kenduri dan tambah lagi, tak perlulah hipokrit untuk segan-segan.perut pasti kenyang.weee=)

oh.sekarang aku sangat kuat makan.

~Biotech Boy~ said...

wandai: aku da letih mlm 2...lagi pon, nnti orang mls bace kalo pangjang2, macam cite abi 2..hehehe

celup: wah, ayat kamu itu sangat bagus, da ade bakat untuk menulis blog...teruskan mengoment di blog aku ek...hehe..

bgus lah kalo ko da sdar y ko 2 kurus...truskan makan byk2 ekk..haha

RedBloodCell said...

haih, xde insurans ke mulut tu ckp xde yg nak bace ak nyer! hahaha... :P

Anonymous said...

buat encik redblood cell...

dengan jujurnya, saya hanya membaca esei 'malaysian studies' anda di perenggan pertama dan terakhir sahaja.huhu.

baiklah adib. aku menulis bukan kerana nama.(blueek!!hahaha)

Anonymous said...

andoc not andok...macam mase mn boling tu, suke2 je letak name aku ARDE

Followers