Friday, 27 January 2012

Kenapa dengan blog?


Aku mula-mula buka blog ni tahun 2008. Time tu semua orang baru nak start blog. Aku pon join sekali lah. Macam biase, post pertama cakap pasal kenapa ber-blog, testing-testing, dan macam-macam lagi. Aku pun tak tau nak tulis ape dalam post pertama aku tuh. Main bedal aje lah. Bila dah lepas 4tahun ni, macam-macam lah aku bermain-main dengan blog ni. Dari custom sendiri html blog biar bagi gempak sikit, sampailah nak jana duit. Bolehlah bagi aku hilang rasa bosan ni. 

Sesetengah orang boleh buat duit dengan blog ni dengan orang masuk je blog die. Sesetengah orang yang cute, comel, bila buka blog, confirm ramai orang masuk. Padahal takde ape sangat pon. Sesetengah orang pandai mengarang, isi yang die nak sampaikan tu ada kene mengena dengan hidup die. Sesetengah orang buka blog nak jual tudung, macam medium untuk jual beli. Sekarang kan dah maju, pakai internet sume. Sesetengah orang buka blog just saje-saje, macam aku ni. Bila terasa nak tulis je, tulis. Isi takde pon, paling kurang luahan dari kepala otak aku yang terasa nak komen pasal sesuatu benda. 

Bila dah buka blog, kene lah lawa-lawa. Ni mula-mula aku buka blog lah. Spend masa berjam-jam semata-mata nak bagi blog lawa. Bila pikir-pikir, bodoh jugak aku ni. Study pon kadang-kadang aku tinggal sebab blog ni. Padahal orang bace blog takde lah ramai sangat. Theme blog bukan main. Isi takde. Hampeh! Last-last aku cari theme yang simple je. Yang senang mata memandai, orang pon tak serabut nak bace. Kan senang. Lagipon aku bukannya banyak sangat tulis, stakat sebulan sekali. Tapi rasenye dah nak masuk dua bulan sekali dah. 

Oleh itu, pandai-pandai lah kalau nak ber-blog. Kalau yang masih belajor, ingat-ingat lah study tu. Kalau yang dah keje, kerap-kerap lah blog. Orang keje kan tension, biasenye dieorang lepas dalam blog. (hypothesis sendiri. haha.) Kalau makcik-makcik pon ade juga yang main blog, ingat-ingat lah pakcik tu. Kang tak makan tengahari pakcik tu. 


Saturday, 21 January 2012

Halal di Malaysia: Kebenaran demi kebenaran


~Bismillahirrahmanirahim~
  1. Kecoh satu Malaysia bila Subway dah tak halal. JAKIM buat serbuan Subway dekat Mines. Dengar-dengar Subway tu pakai logo Halal syarikat orang lain. Bila aku dengar Subway dah tak halal, terdetik hati aku, "patut lah sedap semacam je". Lepas balik dari Aussie ari tu, terasa nak makan subway. Sebab subway kat sana memang confirm tidak halal lah then siap ade bacon lg. Bila tengok je Subway malaysia ni, sume je same macam kat Aussie tu. Time tu aku terfikir, halal ke tak ni sebab bahan-bahan sume same je, nak jage rase satu dunia bukan senang. Sedangkan KFC Aussie ngn KFC Malaysia lain rasanye. Bagi aku, benda yang sedap mesti ada sesuatu yang tak kene. Ajinamoto, pelaris, atau ingredient yang berasaskan dari sumber tak halal seperti lemak babi. 
  2. Dulu masa sibuk puasa, timbul isu Golden Churn (Butter tu). Butter ni mmg famous bg Kek Lapis Mira, sbb dieorg buat kek lapis pakai butter ni. Kecoh satu sarawak. Berapa banyak kek lapis rugi. Ni angkara penemuan DNA babi dalam product tersebut. Walau bagaimanapon, ade sesetengah tempat mengatakan product ni halal. Kalau tak salah aku Brunei. Dah timbul lain pendapat kat situ. 
  3. Dulu, ada satu kopitiam guna butter ni untuk goreng kopi, untuk buat kopi. JAKIM check ade DNA babi juga dalam kopi. Kecoh lagi. Cite ni aku tak tau sangat sebab cite lame. Dengar pon dari mulut-mulut orang. 
Sorok tang mana pon, kalau tak halal, orang akan jumpa jugak. Bila dah tak halal, paham-paham jelah. Maksudnya haram. Sudah-sudah lah beli. Macam Golden Churn tu, ada sesetengah cakap halal. Bila dah ade percangahan, tepuk dada tanya hati. Kalau hati cakap tak payah, tak payah lah. Kalau hati cakap ok je, encik was-was pon takde, silakan lah. Indahkan Islam. 
An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya...".
(Hadis Riwayat Bukhari)

Followers