Saturday, 21 January 2012

Halal di Malaysia: Kebenaran demi kebenaran


~Bismillahirrahmanirahim~
  1. Kecoh satu Malaysia bila Subway dah tak halal. JAKIM buat serbuan Subway dekat Mines. Dengar-dengar Subway tu pakai logo Halal syarikat orang lain. Bila aku dengar Subway dah tak halal, terdetik hati aku, "patut lah sedap semacam je". Lepas balik dari Aussie ari tu, terasa nak makan subway. Sebab subway kat sana memang confirm tidak halal lah then siap ade bacon lg. Bila tengok je Subway malaysia ni, sume je same macam kat Aussie tu. Time tu aku terfikir, halal ke tak ni sebab bahan-bahan sume same je, nak jage rase satu dunia bukan senang. Sedangkan KFC Aussie ngn KFC Malaysia lain rasanye. Bagi aku, benda yang sedap mesti ada sesuatu yang tak kene. Ajinamoto, pelaris, atau ingredient yang berasaskan dari sumber tak halal seperti lemak babi. 
  2. Dulu masa sibuk puasa, timbul isu Golden Churn (Butter tu). Butter ni mmg famous bg Kek Lapis Mira, sbb dieorg buat kek lapis pakai butter ni. Kecoh satu sarawak. Berapa banyak kek lapis rugi. Ni angkara penemuan DNA babi dalam product tersebut. Walau bagaimanapon, ade sesetengah tempat mengatakan product ni halal. Kalau tak salah aku Brunei. Dah timbul lain pendapat kat situ. 
  3. Dulu, ada satu kopitiam guna butter ni untuk goreng kopi, untuk buat kopi. JAKIM check ade DNA babi juga dalam kopi. Kecoh lagi. Cite ni aku tak tau sangat sebab cite lame. Dengar pon dari mulut-mulut orang. 
Sorok tang mana pon, kalau tak halal, orang akan jumpa jugak. Bila dah tak halal, paham-paham jelah. Maksudnya haram. Sudah-sudah lah beli. Macam Golden Churn tu, ada sesetengah cakap halal. Bila dah ade percangahan, tepuk dada tanya hati. Kalau hati cakap tak payah, tak payah lah. Kalau hati cakap ok je, encik was-was pon takde, silakan lah. Indahkan Islam. 
An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya...".
(Hadis Riwayat Bukhari)

0 comments:

Followers