Wednesday, 24 November 2010

Alhamdulillah!

Sampai juga kt Tanah air tercinta. Hidupku yang sebenarnya. Sebelum ini semuanya hanya mimpi. Syurga dunialah katakan. Hidup serba kurang, tapi cukup untuk kegembiraan. Panas tak macam panas Aussie. Panas berpeluh. Fuh~ Keluar je dari Airbus, dah start berpeluh. Betapa bahangnya tanah airku ini. hehe. 

Makanan pon sedap-sedap. Berat aku dah naik 2kg kot. HAHA. baru 2 hari duk sini. Apetah lagi 2bulan. Semoga aku dapat memaksa diri yang malas ni untuk bersenam. Jogging pon ok. Pegi jalan-jalan tangkap gambar pon ok. hee~

Hidupku kang berubah lagi. Dari Kelantan, berhijrah ke Terengganu. Dari Terengganu, berkampung sekejap di Kedah. Selangor pon best, tinggal di Selangor sekejap. Penang pon sekejap juga. Sempatlah jugak nasi kandar dan Char kuew Teaw. Tak sampai setahun, Bintulu juga akan ku mari. Semoga best hidup di Bintulu.

Jauh berjalan, luas pemandangan. 

Saturday, 13 November 2010

Senario Sitcom

Sebut je Senario, sape yang tak kenal kumpulan pelawak di TV3 setiap malam. Kalau tak silap aku, kumpulan ni mula bertahta di hati rakyat malaysia dari taun 1995 terdiri dari Wahid, Azlee, Lan Pet Pet, Hamdan dan Ilyas.  selepas rancangan ala-ala raja lawak (Sinaran Pasport Kegemilangan eh?). Keluarnya Hamdan dan Ilyas, masuknya Yasin dan Apek, kehangatan kumpulan ni semakin kuat dan lawaknya semakin menjadi-jadi. Bukan sahaja lawak, kumpulan ni juga menghasilkan lagu-lagu yang sempoi, yang bermotifkan nasihat yang berguna. 
Sudah lebih satu dekat kumpulan ni ditubuhkan. Kehadiran program reality seperti Raja Lawak, dengan kehadiran solo Apek dan Yasin, telah menimbul kumpulan ni. Tapi, dengan beberapa movie yang dihasilkan oleh Senario telah mengukuhkan lagi kedudukan senarion ini di hati rakyat Malaysia. Lawak yang tak habis-habis dikuarkan. Kenapa dengan kumpulan ni? Mungkin idea lawaknya sekarang tidak seberapa menjadi yang dianggap kurang berkesan. Akibatnya, rakyat mula beralih ke siaran lain yang dikatakan lebih seronok seperti Astro Ria. Ade sesetengah yang berpendapat senario telah membuat lawak bodoh, yang tidak sedap diperdengarkan. Ade juga rakyat Malaysia yang berasa segan dengan siaran sitcom ni yang mane dikatakan kurang standard berbanding negara-negara luar untuk dipertontonkan di televisyen. 

SO WHAT?

Apa yang kurangnya standard kumpulan ni? Mane ko nak cari kumpulan macam ni di luar negara yang ade produce lagu, movie dan sitcom? Cuba bagitau aku kumpulan sitcom mane yang dapat hasil 'product' sebegini. Dengan general news aku ade ni, aku cakap takde group lain dah. This is the only group that I know the best sitcom. Walaupon dulu aku tak tengok sangat siaran ni, tapi aku respect lah dengan Senario. Ohoi rakyat Malaysia, kalo ko nk condemn or kutuk this group, please bring up another group that can beat this group. Can you? 



p/s: Sokonglah product Malaysia demi kemajuan, sape lagi nak sokong product kita kalau bukan kita. Nak harapkan orang luar, mat saleh, takdenye. Jangan nak kutuk je. (Salah satu sikap rakyat Malaysia, heh.)


Monday, 25 October 2010

Woww!


Lame sungguh aku tak update blog. Bukak tutup blogger, bukak mane-mane link yang update. Then tutup. Sungguh malas nak update. hehe. BUT, after a while, tadi bukak tibe tibe dah jadil 17 followers. Fuyoh! Ade orang ikut. HEHE. Thanks to 5 new followers which start to follow this less-update-blog. I'll try to update this since i just changed the template a few days ago. Ntah kenape tibe-tibe nak start balik blog. heee~ BUT, not now. My exam is around the corner. This Friday is my first paper, Macroeconomic. Wish me luck dude. huhu. Ciao! 

Sunday, 27 June 2010

Exam

Alhamdulillah! Tamat sudah exam untuk semester 2.5 aku kt monash. Dalam banyak-banyak exam kat monash ni, semester ni lah yang paling byk peristiwa. Dari mulanya paper pertama, sampai lah last paper. Exam ni jgk lah yang pling teruk susunan jadual exam dengan 2subject dalam masa 2 ari. 

Kat sebelah tu workstation aku time exam. Dah kemas skit sbb nak masuk blog. Haha. Kalo x, memang bersepah gler. Dengan coki-coki, n maame monster pyner plastic, mangkuk megi, n macam-macam lagi. haha. Teruk gler. Yelah, mane sempat nk wat sume tu. Exam punyer jadual dah mcm tut je. Bioactive n Food microbe untuk 2 hari berturut2. Dah la bioactive susah, haiya la. Harapkan internal mark tinggi je. Kalo x, mmg dah jd labu dah. Food microbe plak, Alhamdulillah. InsyaAllah pass. Credit pon insyaAllah dpt. 

So, peringatan buat diri sendiri, kalo ade exam 2 hari berturut-turut, abiskan study subject berkenaan awal-awal. Sesungguhnya takkan sempat nak abiskan stdy lebih2 subject yang susah. Then, start wat note awal-awal for next sem. This one will need discipline n consistency. Akhir kata, welcome to third year wahai encik Adib. hoho~

Monday, 21 June 2010

Under construction

Site is under construction! I'm improving it for better blog! 

Saturday, 19 June 2010

Switchback 30


OK! Short post during exam time. This is Switchback 30 which is one of most important property of Churchill land. Haha. This property is owned by 4 handsome guys and 1 lodger which all come from Malaysia. Road in front of Switchback 30 is Switchback Rd. It is about 2km long. Lately, this road become sprint test for 'mat saleh rempit' which is so annoying. Its sound like motorbike, but it is car! Holy cow!~ haha. The picture is already touch up, but still bad. Maybe due to sun rise. Well, it still good photo merge, though. Human development is coming this Monday. Gambatene~

p/s: Mane gambar Michigan 12? =P

Tuesday, 8 June 2010

Sungguh

Sungguh penat mahu abiskan ape yang aku belajar ini, 
CHM2741, BTH3711, BIO2721 dan CHM3730.
Sume subject ini aku target HD, sungguh pon tidak menampakkan ciri-ciri HD, contohnya Food Microbe,

AKAN TETAPI
akan ku tajamkan fikiranku,
akan ku buka mata-mata hati,
untuk fokus terhadap lektur-lektur nota,
DAN, 
akhirnya, 
akan aku hunuskan pen, 
menikam kertas-kertas beribuan dolar ini, 
agarku mencapai kejayaan dalam jaya..

Monday, 31 May 2010

Kampungku~

Kampung ku bernama Kampung Belukar, (Ejaan dlam bahasa english, Blue Car). Ini Kampung ku sebelah mak aku. Aku telah dididik di kampung ni sejak dari kecil lg, sehinggalah ke darjah satu, aku berpindah ke Pasir Puteh. Alamat kampung aku dalam id pengenalan aku adalah Kg Belukar, Simpang 3 Pendek, Kota Bharu, Kelantan. Dari sini lah aku mendapat nama Pendek (Ejaan Pendek bukan seperti ejaan pendek=Short). Sehinggalah darjah 3, aku kembali ke kampung aku ini. Sejak inilah, kehidupan aku sebagai seorang jaguh kampung bermula. Bermacam-macam aktiviti aku buat, antaranya ronda-ronda kampung gune basikal. Oleh kerana ketiadaan moto, basikal pon jadi la. Sejak ini lah, aku tau tentang selok-belok basikal dan pada masa sama, aku menjadi "pormen basikal". Berbasikal ke sekolah yang jauhnya 2 kilometer sudah biase bagi aku, Begini lah kehidupan aku di kampung. 

Dalam kampung aku ini, semua orang aku kenal. Dari kecik sehinggalah besar. Kawan-kawan sebaya, kawan yang tua, remaja-remaja sudah tntu aku kenal. Akan tetapi, kehidupan aku ini tidak kekal sehinggalah aku terpakse berpindah lagi. Merantau di tempat orang, mencari kawan baru. Secara tidak langsung, kehidupanku berubah. Taun demi taun, sekolah demi sekolah, aku berpindah. Aku hanya pulang ke kampung untuk beraya sahaja. Jauh bukan penghalang untuk aku melupakan kampung aku ini. Berita demi berita mak ayah aku sampai kan. Kematian demi kematian aku dengar. Seorang demi seorang pergi meninggalkan kampung aku ini. Orang muda meninggalkan kampung, demi ilmu. Orang tua semakin lama semakin kurang. Saudara mara ku pon same. Makin berkurang. Dalam 2 taun, sudah 4 orang kaum kerabat ku pergi. Kini, suasana kampungku tidak lagi seperti dulu. Tidak meriah, mungkin senyap tanpa hilai tawa kaum kerabat ku. 

Akan Tetapi, 
Kampung Belukar tetap Kampung ku. 
Akanku pulang meriahkan kampung itu. Dengan kejayaan yang aku pasti akan aku gengam.
~InsyaAllah~

Tuesday, 25 May 2010

SB-600

Last 4 hours, i waste my time by watching Code Blue 2. That's was interesting drama regarding life of a fews doctor which have their own problem in their daily life. It's not wasting time anyway. It just triggered me on different way of  thinking for positive things. And now, i'm bored. Nothing to do even though i have last assignment to be submit on Friday. Well, it's called procrastination and it's normal for student. =D

I'm gonna write a short review on Flashgun that i just bought 2 weeks ago. SB 600 is product of Nikon which suitable for most of Nikon DSLR. Mine, D90 is well compatible with this flashgun. I should buy SB900 for my DSLR but due to money matter, SB600 is enough. The price is varies depending on different place. In Malaysia, it costs RM900+, while in Australia, it's almost AUD500. If we compared both price, of course the price is cheaper in Malaysia. To buy it in Malaysia, then post it up to me, definitely will cost another money. Then, the easier way is, ebay! Luckily, i found one shop in Malaysia that sell this SB600 for price similar to Malaysia (after convert to AUD). It is AUD339. After had a few discussion with my friend, Rasyid, I bought this flashgun. Even though the mode is lesser to SB900, that should be fine for beginner like me. I havent test this flash yet, so, i dont know how far it can go. For now, i'm waiting for right time to use it. 

Saturday, 15 May 2010

Sebulan

Sudah sebulan lebih aku cuti dari menulis blog. Sejak kedatangan DJ90, blog terus diabaikan. Bukan bermaksud aku sengaja mengabai, tp tersengaja mengabai blog ini. hehe. Sejak itu juga aku membuka blog baru di wordpress. Tapi bukan untuk coretan kisah-kisah hidup, tp kisah-kisah hidup DJ90 di bumi asing ini. Kehidupan di negara 4 musim berbeza. Sekilas pandang, nampak cantik. Dua kilas pandang, dah rase kebosanan. Kata orang, "Indah kabar dari rupa". Ini lah yang sering berlaku dalam kehidupan seharian. 

Rezeki Tuhan tentukan. Tapi sungguh bermakna kalau rezeki yang kita dapat, kita kongsi bersama. Sama seperti  Tan Sri Syed Mokhtar Albukhari, salah seorang millionaire di Malaysia. Murahnya rezeki kita kalau berkongsi rezeki yang didapat dengan orang lain. InsyaAllah, rezeki yang Tuhan bagi kat aku ini, akan ku cuba kongsi bersama-sama. Mahupon dari segi akademik, ilmu yang aku dapat, akab ku cube majukan negara. InsyaAllah. 

Teruskan bersama blog ini, atau pon perkongsian rezeki (photo blog) yang aku buat ini. Moga-moga kita merenung dan fikir-fikir akan kebesaranNya. Amin~

Tuesday, 30 March 2010

Sangka-sangka

Sungguh sekejap masa berlalu. Sungguh tak disangka-sangka. Makan minum tidur belajar.Kalau dikira dalam kalendar, sudah taun 2010. Baru semalam kot taun 2000. Baru semalam kot aku rase baru balik tanah mat saleh, tapi hakikatnya, dah 5minggu dah. Sungguh sekejap. Tanpa tak disangka-sangka, D90 idamanku dah ku beli. Sungguh tak disangka-sangka....

Sunday, 14 March 2010

Welcome to my life!

"Tanggal 13 aribulan March 2010, bersamaan dengan 28 Rabiulawwal 1431, bermulanya kehidupan sebuah mesin technology, yang dinamakan, DJ90. "

Pagi hari tersebut, saya bersama-sama dengan Abg Kamal (bkn nama sebenar), dan Kawan (bukan nama sebenar) saya, Rashid (nama sebenar) dan juga tidak lupa, *Sudin (bukan nama sebenar) telah berangkat ke Melbourne city dengan tujuan yang sungguh murni. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam setengah ini amat menyiksakan jiwa kalbu ku sebagai seorang manusia. 

Sesampai sahaja di Melbourne a.k.a Flinder street, saya dan beberapa orang yang saya nyatakan diatas, mengambil langkah untuk ke kedai yang menjual alat-alatan ini. Beberapa minit kemudian, sesampainya kami ke kedai itu, saya, dengan ini meninjau-ninja harga yang terpapar di papan kenyataan kedai-kedai itu. 

Setelah meninjau harga, saya telah mengambil keputusan untuk membelinya di kedai yang pertama saya tinjau itu. Pertanyaan demi pertanyaan ditanya, sesudah itu, ter-decide-lah keputusannya untuk memgambilnya. Disaat itulah munculnya kesusahan yang tidak dijangka-jangka. 

Card Debit kawan saya ini, *Sudin, yang digunakan untuk membelinya sudah terlebih limitnya. Kata sang penjual; "Your card has excced the limit, but you can split it and pay using 2card, or you can use cash". Alamak, lupe memberitahu sudin bahawa limit card perlu ditukar. Tidak mengapa, dengan iPhone yang maju ini, limitnya boleh ditukar. 

Disaat-saat untuk menghafal kata laluan, zaapp!!!! beteri iPhone itu abis. Adeh. Tidak sempat untuk menukarnya. Setelah berbincang dengan Rashid dan Abg Kamal, Rashid memberitahu bahawa ATM boleh menukar limit. Akan tetapi, option untuk menukar limit itu sudah tiada. Keresahan sudah melandai dihatiku ini. Option yang terakhir adalah, mencari kedai internet. Berhampiran kedai tadi, ada sebuah kedai internet. Alhamdulillah, tapi banyak betul halangan. Sekali lagi, halangan di hadapan, simcard di iPhone itu perlu digunakan dan dikeluarkan dari iPhone untuk tujuan PIN yang dihantar oleh pihak bank, tetapi, pin untuk membuka simcard dari iphone tidak ada. Malangnya. Tapi masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan hujung pensil mechanical yang tajam itu. Dan akhirnya, limit itu dapat ditukar.

Beberapa minit kemudian, proses penbelian dan penjualan telah selesai. Dengan itu, aku memberi namanya, 

"DJ90"




Friday, 5 March 2010

Roti canai

Roti canai adalah sejenis makanan rakyat Malaysia yang mana amat popular sebagai makanan ringan. Walaupon kecik, namum tahap kekenyangannya adalah seperti menghabiskan sepinggan nasi. Roti canai biasannya dimakan pada waktu pagi, dikedai-kedai mamak, kedai-kedai restoran masakan melayu dah sebagainya. Kuah dal dan kari menjadi pencicah kepada roti canai ini. Namun, di kelantan, ada juga yang menjadikan susu pekat sebagai pencicah. 

Balik kepada kehidupan aku ini, aku hidup di suasana kampung pada satu ketika dulu. Nenek aku dahulunya seorang jaguh pengebar roti canai yang termasyur di kampung. Aku tidak mengetahui akan hal ini sehinggalah mak sedara aku menceritakan akan cerita itu. Dahulunya, ketika nenek aku (bukan nama sebenar) seorang jaguh, pagi-pagi ada sahaja orang datang ketuk pintu rumah dari belakang untuk membeli roti canai. Namun, arwah atuk aku tidak membenarkan nenek aku menjual. Sehingga hari itu, nenek aku menghantar roti canai yang dibuat di rumah, ke kedai makan kecik kampung. Selepas itu, nenek aku tidak menebar roti canai lagi kerana tidak larat. Sehinggalah sekarang, ahli keluarga aku mengidam untuk memakan roti canai.

Hajat ahli keluargaku tercapai, kerana aku yang besar ini, berbesar hati untuk menebar roti canai. Ape lagi, belajarlah dari nenek aku. Aku hanya sempat menebar roti canai sebanyak 2kali sehaja. Dalam 2kg tepung digunakan. Amat penat untuk menebar roti ini, tapi kepuasan itu tercapai dengan pemakan-pemakan memuji kesedapan roti canai yang dikibar itu. Oleh itu, aku bercita-cita untuk menjadi seorang pengibar roti canai yang termashyur di Churchill ini. Haha!!

Wednesday, 3 March 2010

Hari ini...

Hari ini merupakan hari ketiga aku berkelas. Bermula seawal jam 6pg, aku pergi ke kelas dengan kerete merah kesayangan Switchback, ber-driver-kan Nabil (bukan nama sebenar). Dengan sedemikian, bermulalah kelas Food Microbiology a.k.a Food microbe. Tamatnya kelas itu, aku berehat selama sejam di Library, dengan bermain internet. Selepas itu, aku ada kelas selama 2jam, tanpa kawan-kawan aku. Mulanya aku berase tidak selesa dengan kelas yang seramai 5 orang. Yang mana lecturer itu mula memandang-mandang aku yang handsem ini, seolah-olah menyatakan dia mahu nombor telefon aku. Aku hanya membuat bodoh sahaja. Sekian sahaja kelas itu, aku menuju untuk pulang kerumah. Akan tetapi, kereta merah itu sedang dibaiki di kedai kereta Steve (bukan nama sebenar). Pulang sahaja dirumah, aku dihinggapi perasaan mengantuk yang teramat sehinggakan pelawaan dota andoc (bukan nama sebenar) ditolak oleh aku. Kemudian aku tidur. 

Setelah sejam setengah aku tidur, aku yang bangun berasa amat bengang dengan kelibat-kelibat lalat yang seolah-olah membuat hubungan sejenis. Dengan cepatnya aku bangun dan melibas lalat-lalat itu yang cuba membuat maksiat di kaki aku. Namun, bukan hari ini sahaja, sudah banyak kali lalat-lalat ini membuat aku bengang, lebih-lebih semasa waktu-waktu kecemasa peperiksaan. Semuanya telah menjadi arwah. Berikut adalah kisah-kisah hidup lalat yang telah dilibas oleh aku semenjak berada di Switchback ini:














Wednesday, 24 February 2010

Dinar & Dirham


Suatu ketika, aku tertarik pada sang penceramah yang mana beliau hanya menyatakan yang dinar emas amat ditakuti oleh pedagang asing. Dah hari ini baru aku terjumpa satu link yang mana telah membuat aku tertarik akan isu ini. Dinar adalah syiling emas yang diperbuat dari emas 22 karat (916) dan mempunyai berat 4.25gram. Manakala, Dirham adalah syiling perak yang tulennya 999 dan mempunyai berat 2.975gram. Menurut Khalifah Umar Al-Khattab, piawaian berat telah ditetapkan antara dinar dan dirham iaitu, 7 dinar bersamaan 10dirham. Ini dari segi asasnya. 

Yang menarik minat aku apabila membaca satu link ini adalah, harga seekor ayam pada ketika zaman Nabi Muhammad SAW adalah 1 dirham, dan hari ini, harga seekor ayam masih lagi 1 dirham. Dan harga seekor kambing bersamaan 1 dinar. Memang logiklah harga kambing pada masa kini memcecah RM500. Harga tetap same walaupun zaman dah berlalu 1400tahun lepas. Inflasi sifar. Kalau kat Malaysia, harga nasi lemak dulu 10sen je, time mak ayah aku lah. Time aku dulu 50sen. Sekarang, yang Rm10 pon ade. Jangan nak pelik. Jadi, dari sinilah emas dan perak dijadikan penyimpan nilai yang unggul.

Daripada sini, aku pon teringin lah nak simpan dinar ni. Survery harga dinar, memang mahal. Dalam 400-500ringgit. Tapi ade juga yang dinarnya murah. 100dinar bersamaan Rm160. kalau tak silap aku Ni dinar Iraq. Memang jatuh sekarang, tapi ade yang bajet dinar ni naik harganya selepas askar U.S keluar dari Iraq. Kalau harganya naik, memang kaya lah. Pelaburan yang menjadi. So, mungkin aku akan invest duit lebihan kepada dinar ni. Tapi duit tak menternak. Huhu. Fikir punya fikir, terjumpe pulak satu riwayat: Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Mungkin ini cara terbaik untuk elak riba. Wallahualam.
 
 Dinar Emas Kelantan

 
Gambar depan dirham


Gambar belakang Dirham

Monday, 22 February 2010

Know yourself

Dear Muhammad Adib, below are your Personality Tests result:

Who is your true self: 
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

Your view on yourself:
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You are down-to-earth
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : People like you because you are so straightforward
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making  a decision that usually appeals to both parties

The type of girlfriend/boyfriend you are looking:  
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You like serious
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Smart
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Determined people
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You don't judge a book by its cover
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : So good-looking people aren't necessarily your style
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : This makes you an attractive person in many people's eyes

Your readiness to commit to a relationship:  
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You are ready to commit as soon as you meet the right person
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : And you believe you will pretty much know as soon as you might that person

The seriousness of your love:  
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : In many ways people find your straightforwardness attractive
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : So you will find yourself with plenty of dates

Your views on education:  
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You may not like to study but you have many practical ideas
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You listen to your own instincts
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Tend to follow your heart
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : So you will probably end up with an unusual job

The right job for you:  
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You're a practical person
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Will choose a secure job with a steady income
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Knowing what you like to do is important
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Find a regular job doing just that
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You'll be set for life

How do you view success:  
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You are afraid of failure
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous

What are you most afraid of:  
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You are afraid of having no one to rely on in times of trouble
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : You don't ever want to be unable to take care of yourself
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Independence is important to you

So, this is the result that i've taken. It's on facebook actually. The test is so simple, multiple choice question. you can shot the answer if u dont knw. haha. But, honestly, this test is 90% reliable especially in Education part. Seriously i dont like study. Haha. Most of them are true. Try it out.

Sunday, 21 February 2010

World ranking website

A few weeks ago, i bought a book about how to make money with blog. It just a simple guide and gives me general idea about how to generate money from blog. So, in that book, there is one part which we can check website value. How much your website worth? Haaa..if you want know, just check on Alexa website. I just want to share with you guys, my blog worth is: 

 
Haha..my blog is so worthy until that website dont have any data to count in. (it's no worth actually)
This is how the high valuable website like google take place in. 

Wednesday, 17 February 2010

Part 2: DSLR lens

In previous part, i've talked about the major specification that will affect the price of one lens. So here, again i will talk about the minor specification (extra feature) that could affect the lens. These extra features are important based on the what type of lens that you want. Features that i'm talking about are: 

Silent Autofocus
Silent auto-focus is useable for photographer that want to capture the wild life.They need a silent lens zoom. When the lens focusing on the subject, they eliminate the noise of grinding. Thus, it create a silent focus.Basically, this feature is commonly known as Ultra sonic motor (USM) and Hyper sonic focus (HSF).

Full time manual focus
Usually,when we do need to use Manual focus, we have to switch it on. But here, there are special lens that no need to switch on the Manual focus. These types of lens also have ability to focus automatically, but still, you can adjust with manual focus.

Internal zoom 
When the lens focus form wide angle to telephoto, the lens-which have external zoom, will increase the length. However, with internal zoom, the lens's length didn't change. The advantage of internal zoom are these lens focusing faster and smooth compare to external zoom. These lens also does not effect the balance of camera when standing on tripod. 

Image stabilization
Maybe some of you did notice about this one. In Canon, it's known as Image stabilisation (IS) while in Nikon, it commonly known as Vibration reduction (VR), With this feature, the blurry picture can be eliminate thus creation clear shot.

Superior optic
Some of the lens are created with special optic adjustment for distortion, reduce flare and stray light from the lens. As a result, it produce image with maximum clarity. It have different name, for example, Canon branded it with 'L' while Nikon are branded with 'ED'.Anyhow, these lens usually expensive at the market.
So, let me try some example:
From the description, this have silent autofocus system (AF-S), then ED is reffer to superior optic, and VR for vibration reduction. The focal length is 18-200mm which is wide angle to telephoto. No wonder the price is high. 

Monday, 15 February 2010

Part 1: DSLR lens

Last topic was discussed on what is Dslr and now, dslr lens. If we ask photographer, what make picture gorgeous and give us some excited mode? The answer is, Lens and technique. Technique is definitely required time to built, you need to learn and learn on it. Every single snap is worth . But lens, it need money, of course, to buy it. If we type lens in Amazon search box, for example, various type of lens come out which have different price. What  spec make huge different in lens price? I will talk about these differents.

Manufacturer
Lens are not interchangeable. Canon lens can be use on Canon camera and Nikon lens also can be used on Nikon. Unless third party lens manufacturer can be used on these camera. For example, Tokina and Tamron. Even same spec of lens, the price are still differ. This is due to the quality of lens produce by different manufacturer. Let me put some example.
IF you compare these 2 lens, both have similar maximum aperture (f/1.8),have same focal length and both are prime lens. But the quality are different. You can search in the internet and in some megazine, they rate both lens. From what i read, Nikon len on the right give high quality of picture. So, thats why the price is different. 




Focal length
There are 4 type of lens which are, wide angle lens, standard lens, telephoto lens and super telephoto lens. Each have different price. Each of these lens have own focal length. For    example, Wide angle lens cover from 28mm to lower, standard lens cover from 35mm-85mm. Each of this have different effect on picture and different style of photography.To prove this, i give you each of these lens price.Each of these lens have different price depend on the focal length as you can see.Even the maximum aperture is almost same, the price is still different. 
Prime Lens vs Zoom lens

Prime lens is the lens that have only one focal length, for example in the Manufacturer part. Zoom lens is the lens that have specific focal length for example in the Focal length part. How these different in price? Basically, the prime lens have advantage in high quality, it dont weight a lot and it not expensive. You can compare the example that i'v put in. The price are different. 

Thursday, 4 February 2010

DSLR-Digital Single Len Reflex

Finally, i found it!!. A totally-good-website for me that give some informations about DSLR. It started when i  read one part from that website on how to choose lens that suitable for our photography style. It caught my intention. After i finished it, i searched another informations on the same website on how to pick up a super-extra-power DSLR camera. Luckily! i found it. 4 steps to pick a DSLR. I will tell u briefly what these steps are. 
  1. In the 1st step, it is good to find out which photography style you are. What i mean here is, what type of picture that u would like to snap. There are action and sport, portrait, landscape, macro, low light, travel, indoor and spontaneous. These are important to identified because it will guide u to pick correct features of DSLR camera that suitable with our style. In these step, i choose landscape, low light and travel. 
  2. This step is basically about how the DSLR function, what is DSLR stand for. It is quiet lame to know all these since you can get it from wikipedia. Unfortunately, it is a useful information since you get involve in these photography world. 
  3. In this part, the writer discuss about the term used in this world such as megapixel, ISO, dust control, image stabilization, autofocus, continuous drive etc. Nothing much on this step. It's just information.
  4. Last step, the writer give camera features that suitable according to photography style. This step require comparison between manufacturer to chose which one is suit. But, for me, i already have two choice! D90 and D5000 already in my mind, but which one? I already made my mind. Just go for D90.
The website that i read is : Digital SLR Guide

Waiting for D90 in middle of 2010!!! 

Sunday, 31 January 2010

Summer life

We born alone, and we die alone. A quote from a Japanese drama that i watched a few days ago. Yes, it is. We born alone and also die alone. But, we live together. Family, friend, best friend etc. It's sad when someone that we know, we love, spend some times together, died. My grandfather died last year, on December. My grand grandfather also died. And yesterday, my friend also died. Sometimes i feel that the death angel just play around me. Maybe watching me, or waiting for me. Who know? 

However, may Allay put these people in orang-orang beriman..Amin

Monday, 4 January 2010

[Malaysia] Fact 1: Jalan raya

Dalam semiggu ni, aku banyak memberadakan diri aku atas jaln raya. Dari Kuala Lumpur to Kota Bharu, then balik semula ke Kuala Lumpur. 2 hari lepas tu, aku datang Jawi pulak, mahu simpan-simpan rumah yang dah berpindah. So, antara mangsa keaadaan adalah aku yang mana aku kne drive. ok. xpelah sbb aku pon ske drive.

Ape yang aku mahu menceritakan disini, yang pertama adalah perbezaan antara Highway PLUS yang pegi ke Utara, dan Highway ke Kelantan. Due-due ni mmg lain. Banyak kemalangan yang berlaku di highway ke kelantan. Ini disebabkan oleh jalan yang memerlukan skill yang cukup, tido yang cukup. Setiap kilometer ade signboard "awas! Kawasan Kemalangan". Memang memerlukan tahap hati-hati yang tinggi. Berbanding dengan Highway PLUS, anda boleh je tekan minyak sampai kereta anda hilang stabil. Saga ayah aku boleh naik 140km/h. Meter sampai 180km/h. Cuak jugak nak tekan, kot2 salah teknik mmpus. Unser hanya boleh pg 120km/h. 140km/h pernah try, tapi kereta macam dah terapung. Tidak terpijak jalan. =p

Yang kedua, dalam lawak-lawak yang aku pernah dengar, rakyat malaysia adalah rakyat yang mewah dimana cara mereka mati berbayar. Iaitu secara kemalangan. Duit TOL dan cukai jalan, kene bayar la kan. Ambulan nak datang ambik mangsa pon kene bayar TOL. Ni adalah satu fact tentang Malaysia. Berbanding dengan Australia lah, kadar kemalangan dieorg amat sikit. Tu pon berkempen lagi kuat dari malaysia. TOL pon ade satu je kt Melbourne. Yang kat lain aku xtau lah..=p . Adakah sebab TOL berlakunya kemalangan? Duk pikir=pikir duit TOL yang akan dikenekan, sampai lalai, then,.........

Followers