Monday, 21 December 2009

Cerita Lembu

Malaysia ini penuh dengan peribahasa. Hari ni aku mahu bercerita tentang mana dapatnye peribahasa lembu punya susu, sapi dapa nama. Tanggal 17 haribulan Disember, berlangsungnya perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Vietnam di Stadium Nastional Laos. Berakhirnya perlawanan itu, Malaysia menang dengan jasa seorang pahlawan pemain Vietnam. Pahlawan ini telah berjasa dengan kecoh rioh berita kemenangan Malaysia itu.

Hari ini sudah 4 hari selepas berlangsungya perlawana itu. Nama Rajagopal, sedara kepada Rajapetra, cucu kepada Rajakapur, telah terbengtang di akbar. Ape jasanya sebenarnye? Bukan die pon yang bermain bola. ok. Takpelah sebab die yang jd coach. Radio hari siap mendengarkan puisi tentang kejayaan malaysia 1-0 itu. Suara rakyat diperdengarkan. Disebalik tentang peristiwa ini, pahlawan yang paling berjasa senyap sunyi diselubungi ke-frust-san yang namanya tidak dipamerkan langsung di berita-berita akbar Malaysia.

Ini tidak adil!! Dimanakah keadilan? Pahlawan Laos itu tidak diberi ganjaran langsung malah pemain Malaysia pula dapat ganjaran. Kenapa tiada ganjaran untuknya setelah 20taun malaysia mengidam nk makan buah mempelam? Paling kurang pon tawarkanlah kerakyatan IC pink kepadanya. Peristiwa ini sama seperti peribahasa Lembu punya susu, sapi dapat nama....

p/s: Own goal je pon, apesal la kecoh sgt. Mungkin dieorg taktau apekah sebab kepada semua ini.....

Friday, 18 December 2009

Arahan siDunia Baru

Bukan sahaja US, ade sesuatu yang membelakangi Malaysia. Arahan siDunia baru ni semakin hari semakin mempengaruhi pemikir rakyat-rakyat kita. Apekah itu? Ade satu pertubuhan dibawah tanah yang mempengaruhi minda rakyat dari segi ilmiyah, social dan akidah serta dari segi penggunaan perkataan dalam seharian. Namun, tiada siapa yang perasan. Penerapan nilai nilai indon ini yang diusahankn Arahan siDunia baru ni makin hari makin mengancam.

Macam mana tidak mengancam kalau dlam sehari, berapa jam siaran dalam tv ade mengisahkn cerita indon. Siarkan tidak salah, tp yang disiarkan berkisar tentang si pari-pari, yang mane sudah dianggap terpesong dari ajaran islam. Senang cite dah syirik. Meminta tolong dari si pari-pari yang kecik bodoh itu. Apekah itu? Apekah kita sudah tiada pegangan? Ataupon orang-orang yang menyiarkna itu tiada pegangan?

China town, pergi mana-mana sahaja tempat didunia, mesti ade China town. Kalau di Malaysia, sudah ade Indon town. Dimanakah? Pergi sahaja ke tempat pembangunan, ade perumaha-perumahan kecik, itulah indon town. Malah di Shah Alam, sudah ade kg Jawa. Datang bekerja tiada masalah. tapi yang datang bukan sahaja menimbulkan masalah. Kadar jenayah juga meningkat. Mungkin kes ragut banyak disebabkan oleh pendatang asing ini.

Ape yang boleh rakyat buat? Atas nama pembangunan, sume dikorban kan....

Copenhagen 2009

Seiring dengan Copenhagen dan Berita dlm surat kabar, PM telah bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran Carbon dioxide yang berleluasa di Malaysia. Dengan keaadan yang kita hadapi sekarang, tiada ape yang kita mampu lakukan. Ape masalahnye?

Yang pertama, Car pool. Semua orang pernah dengar istilah ini, tapi ape munasabahnye car pool di Malaysia, lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur. Si suami kerja di Kuala Lumpur, si isteri kerja di Sham Alam. Nak wat car pool? memang tinggal harapan sajalah. Nak buat car pool dengan orang jiran sebelah? Memang tinggal harapan jugak. Name jiran pon tidak kenal apetah lagi nak tumpang kete pegi kerja same-same? Sorry, i dont know u lah. Survey telah pon aku buat, sepanjang jammed yang telah aku lalui, 75.55% penumpang kereta ade sorang je, iaitu driver. Apekejadahnye nak kurang CO2. Lagi meningkat adelah.

Yang kedua, nak wat car pool, jirang sebelah tak ngam, mangsa keaadaan, public transport. Ni juga salah satu problem, Public transport kurang, service kurang. Apetah lagi KTM. Tapi rakyat still gune KTM, orang cakap jimat duit dan masa. Baguslah. Kalo Public transport baik, service first class, jangan cakap Proton, Honda pon boleh likup sebab takde orang nak bli kete. So, public transport memainkan peranan pentinglah dalam menjadi mangsa keadaan.

Yang ketiga, tiap-tiap surat kabar ade pasal politik. sultan pon dah naik angin dengan kerajaan negeri. Asyik-asyik gaduh pasal politik. Ape yang rakyat mahu, ambik endah je. Buat keje pon mahu tak mahu je. Ape kes? Duit mane hilang maa? Peruntukan taun depan sume dah kurang. Silap ari bulan duit belanja makan pon tak dapat. Ape kes? Project sana, project sini, mangsa keadaan, rakyat. Duit tol penang sampai sekarang tak lupus-lupus lagi. Jambatan dah siap lame dah, 1985. Skali masuk RM7 hilang. Orang pulau murah la kot. Tapi duk pikir-pikir, tak kan la tak cover lagi duit wat jambatan. Cian wandai...

Ape-ape pon, Malaysia memang best lah. Macam-macam ado....nasib baik menang je. Tu pon sebab own goal. Naik la name ko Rajagopal. Main takde la best sgt. Passing pon tahap aku je. Haha. Main kasar byk. Siap 2 kad kuning lg. Haih...nasib-nasib. Ko jgk menang wahai nasib....

Saturday, 12 December 2009

KTM~

Sejak dahulu kala lagi Komuter atau dikenali sebagai, KTM, dilabelkan sebagai Keretapi ulat bulu yang lembab. Memang lembab. Dalam satu jam, paling banyak ade 2 komuter sahaja yang dilalui dalam satu route. Dimanakah silapnye, silap kekurangan gerabak, atau silap pengurusan.

Daripada ape yang saye perhatikan, system Komuter ini makin bertambah maju dengan adanye laluan daripada Kuala Lumpur ke Tanjung Malim, dan yang terbaru, ke Batu Cave. Berpandukan peningkatan ini, ini sudah dikira maju. Walaubagaimana pon, dengan penambahan stesen-stesen baru ini, sudah tentu masa yang diambil untuk melalui dari stesen ke stesen akan menjadi lama. Ini sudah wajib. Ade ura-ura mengatakan KTM sudah membeli gerabak-gerabak baru, akan tetapi, masalah tidak juga selesai. penguna terpaksa menunggu hampir sejam untuk mengguna system komuter ini.

Kadang kala, system Komuter ini tidak berlaku adil. Sebagai contoh, pada waktu peak, banyang gerabak yang berfungsi, akan tetapi, pada waktu-waktu off peak, amat susah untuk gerabak ini berfungsi. Dimanakah silapnye? Dengan penambahan gerabak-gerabak baru itu, masalah tidak selesai. Silap siapakah? Pengurusan?

kenapakah system laluan komuter tidak ditukar? Dari Rawang ke Seremban, dan dari Sentul ke Perlabuhan Klang, bukan kah itu terlalu jauh untuk dilalui dengan penambahan gerabak komuter yang dijangka akan menyelesaikan masalah itu. Kenapakah pihak pengurusan tidak menjadikan KL sentral sebagai stesen utama. Betul. Ia adalah stesen utama sekarang, ape yang saya maksudkan disini, system laluan komuter ditukar dengan menjadikan pusat pertukaran keretapi. Sebagai contoh, laluan yang perlu ditukar adalah dari Rawang ke KL sentra, Perlabuhan Klang ke KL sentral, dan Seremban ke KL sentral. Bukan kah system ini lebih menjimatkan masa untuk gerabak komuter untuk ulang alik. Tambah pula dengan banyaknya gerabak-gerabak baru. Sudah tentu servis Komuter akan bertambah baik.

Namun, semestinya pihak pengurusan telah memikir masalah yang mungkin dihadapi. Contohnye, kekurangan rel keretapi mungkin menjadi masalah. Rel yang boleh digunakan hanya 1 rel sahaja yang mana ia memerlukan 2 rel untuk menjadikannya ulang alik (2 way). Mungkin banyak kos yang diperlukan untuk menaik taraf rel ini. Walaubagaimanapon, dari segi kesan masa panjang, menaik taraf rel ini lebih berguna untuk menyelesaikan masalah ini, mungkin dapat memadam nama kertapi ulat bulu....

Wednesday, 9 December 2009

Plan Cuti-Cuti Malaysia

Bosan-bosan...ade 3 bulan lagi kt sini. Baru mggu lepas aku g pangkor. Best lah..murah pon murah. So, plan aku kt sini mahu pusing satu malaysia. Dalam bulan 1-2 kot. tak sure lg. tggu bajet. so, ni lah sedikit tntang plan itu...


From: Kuala Lumpur (Pudu Raya)
To: Lumut Bus Station
Harga dalam RM24
Tiket feri Rm10 pergi balik
Hotel: dalam RM100 dah dapat family room, tapi bilik biase-biase je. cukup lah kalo nk wat tido.
Hotel yang aku pg ari tu kt pantai, Teluk dalam kot. Makan mudah, nk wat activity pon mudah and murah plak tu.
Sumber:
Travel to Pulau Pangkor

From: Lumut
To: Pulau Pinang (Butterworth)
Tiket bas dalam Rm16
Dalam pulau ni, tido umah wandai jelah..haha..Tak pon cari hotel murah kt Bandar. Tempat yang boleh dikatakan bestlah, Bukit Bendera, Komtar and Batu Feringgi. Ape-ape pon, kne wat research dulu. hoho

From: Penang
To: Kedah
Kat sini aku rase tumpang umah tuk nabil jelah..haha..boleh mandi parit. Best jgk. Tempt lain aku tak tau. Alang-alang duk kt alor setar, trus sajalah pg Pulau Langkawi. Kt sini maybe duduk lame sikit. Dalam 4-5 ari. Pegi lawat sume tempat. Antara tempat-tempat best kat Langkawi: Dataran Helang, Gunung Mat Chinchang, Pekan Kuah, Pulau Dayang Bunting, Pulau Rebak, Makam Mahsuri, Telaga Air Hangat, Beras Terbakar, Cable car, Pantai Pasir Hitam.

From Pulau Langkawi
To: Perlis
Kat sini aku tak tau ade ape. So, kne wat research dulu.

Sekian. Nanti aku akn update lagi. Mahu wat research dulu...

Followers