Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Wednesday, 24 February 2010

Dinar & Dirham


Suatu ketika, aku tertarik pada sang penceramah yang mana beliau hanya menyatakan yang dinar emas amat ditakuti oleh pedagang asing. Dah hari ini baru aku terjumpa satu link yang mana telah membuat aku tertarik akan isu ini. Dinar adalah syiling emas yang diperbuat dari emas 22 karat (916) dan mempunyai berat 4.25gram. Manakala, Dirham adalah syiling perak yang tulennya 999 dan mempunyai berat 2.975gram. Menurut Khalifah Umar Al-Khattab, piawaian berat telah ditetapkan antara dinar dan dirham iaitu, 7 dinar bersamaan 10dirham. Ini dari segi asasnya. 

Yang menarik minat aku apabila membaca satu link ini adalah, harga seekor ayam pada ketika zaman Nabi Muhammad SAW adalah 1 dirham, dan hari ini, harga seekor ayam masih lagi 1 dirham. Dan harga seekor kambing bersamaan 1 dinar. Memang logiklah harga kambing pada masa kini memcecah RM500. Harga tetap same walaupun zaman dah berlalu 1400tahun lepas. Inflasi sifar. Kalau kat Malaysia, harga nasi lemak dulu 10sen je, time mak ayah aku lah. Time aku dulu 50sen. Sekarang, yang Rm10 pon ade. Jangan nak pelik. Jadi, dari sinilah emas dan perak dijadikan penyimpan nilai yang unggul.

Daripada sini, aku pon teringin lah nak simpan dinar ni. Survery harga dinar, memang mahal. Dalam 400-500ringgit. Tapi ade juga yang dinarnya murah. 100dinar bersamaan Rm160. kalau tak silap aku Ni dinar Iraq. Memang jatuh sekarang, tapi ade yang bajet dinar ni naik harganya selepas askar U.S keluar dari Iraq. Kalau harganya naik, memang kaya lah. Pelaburan yang menjadi. So, mungkin aku akan invest duit lebihan kepada dinar ni. Tapi duit tak menternak. Huhu. Fikir punya fikir, terjumpe pulak satu riwayat: Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Mungkin ini cara terbaik untuk elak riba. Wallahualam.
 
 Dinar Emas Kelantan

 
Gambar depan dirham


Gambar belakang Dirham

Followers