Monday, 21 November 2011

Diari seorang Pengangur Biotech

Apa kes ni tak keje-keje lagi? Dah dekat 6bulan dah duduk tanam serai belakang rumah. Baru 6bulan aku mengangur. Apa kes nak mengangur? Dalam berita cakap, BN Youth Jobs Fair cakap ade dekat beribu  kerja kalau tak silap aku. Abis tu kenapa duk mengangur? Aku pon tak tau. Banyak juga faktor-faktornya. Dari segi faktor individu, mahupon faktor luaran. 

Graduan memilih kerja?
Aku ni pemilih sangat ke? Pernah jugak aku fikir-fikir. Nak jadi R.A? Hmm..Tu last option aku kot. Kalau masuk RA, alamatnya sambung belajarlah. Aku ni, dalam bab-bab belajar memang susah sikit. Tak pandai sangat. Degree yang dapat pon cukup-cukup makan je. Kenapa nak sambung belajar? Masing-masing jawab. Member aku cakap, kerja banyak, ko tu memilih sangat. Memang ler kerja banyak tapi kalau sume kerja bukan dalam bidang aku. Ada saje orang lari bidang, sebab susah nak cari keje dalam bidang tu. Ade yang masuk bidang business, sebab bidang tu banyak keje. Duk dalam bidang marketing, management dan sebagai. Bagi aku lah, aku takde skills sangat nak masuk bidang business nih. Sape nak ambik kalo takde skills, ape lagi minat pon takde. 

Nak try lari masuk bidang lain? Maaflah, aku dah terpilih untuk bidang biotech nih. Kerajaan dah bayar beratus-ratus ribu untuk aku blaja biotech ni. Sayang pulak nak tukar bidang. Andai kata beli kete mahal, tapi nak tukar beli lori pulak. Penat dik oi. Lesen nak kene tukar lagi, experience nk blaja pandu lori lagi. Sebab tu lah aku memilih. So, dari beribu peluang kerja yang aku dapat tu, dah kurang tinggallah beratus-ratus je. Tu yang aku perhati. Dalam Jobs Fair kat PWTC, booth yang offer science related jobs ni boleh kira dengan tangan je. 

Aku tak memilih sangat, asalkan dapat kerja dalam bidang aku pon dah cukup. 

Masuk kerja dengan Government?
"Maaflah dik, permohonan adik dah kene reject awal-awal lagi". Tu kata Pegawai kerajaan yang proses permohonan (aku bayangkan aje, tak betul pon). Macam mane tak kene reject, degree takde kepujian, tambah pulak Fresh graduate yang takde experience. Kalau tak salah aku lah, dalam tahun ni juga, kerajaan dah beku kerja bagi beberapa sektor. Aku pon tak sure sangat. Tapi yang aku tau, dah dibekukan. Bila dibekukan, susah lah nak masuk. Iklan jawatan ade, tapi yang diambil hanya beberapa kerat saje. Nak compete dengan graduan yang ade kepujian? Awal-awal lagi dah terjatuh. Tapi bagi aku, tak adalah terjatuh. Bangun aje kalau jatuh. Jangan Putus asa!!! 

Mane kerja dalam bidang Biotech? Dalam kerajaan, aku tak tau. Tapi dalam bidang swasta, ade peluang besar lah. Oleh itu, dari situ lah aku mencuba nasib. Hantar sahaja resume, dapat tak dapat nombor 2. Rezeki ditangan Tuhan. Pasti ada, cuma lambat atau cepat saje. Kemana arah tuju biotech negara nih? Dulu, Pak Lah yang kuat biotech. Tapi sekarang ni Pak Najik. Lain arus tu dik oi. Dalam Plan Pelaksaan Negara Malaysia (aku tak sure betul ke tak, tapi ade satu buku tebal pasal arah tuju negara, warna biru), Biotech dalam last skali dalam buku tu. Sayangnya aku tak bace lagi buku tu. Balik Kuching nanti aku bacakan. 


Langkah kerajaan?
Kenapa kerajaan bekukan jawatan? Aku pon tak tahu. Bila aku masuk borak-borak dengan pakcik-pakcik tua yang kerja dengan kerajaan, dieorg cakap kerajaan tak ada duit. Tu yang dibekukan. Aku pon tak tahu betul ke tak benda ni. Yang pasti, bila kerjaan beku jawatan kerajaan, ramai lah yang mengangur. Bila ramai mengangur, negara dah rugi besar sebenarnya. Dari segi work force untuk gerakkan ekonomi negara. Apa langkah kerajaan nak atasi mengangur ni? Salah satunya BN Jobs Fair tu, yang diadakan seluruh negara. Bagi aku, tu biasa-biase sajalah. Yang paling aku suka, kerajaan buat Graduate training. Sebagai contoh, GEMS yang aku nak masuk dulu tu, tapi aku tak masuk sebab tak dapat offer letter (Lawak je bunyi). Tapi yang tu general jelah, yang mana dalam process training kat sesebuah random syarikat selepas 2bulan belajar dalam kelas. 

Selain tu, yang paling aku suka, SL1M (Skim Latihan 1Malaysia). Untuk SL1M ni, graduate yang mengangur diberi peluang untuk memilih syarikat swasta sebagai tempat untuk training. Ada dalam 50syarikat swasta seperti PETRONAS, TNB, SYABAS, dan sebagainya (Boleh rujuk di sini) Kenapa aku suka yang ni? Bila dah masuk training dalam syarikat ni, ada peluang boleh masuk kerja dalam syarikat tu kalau prestasi bagus. Aku dah mintak kat beberapa syarikat, moga ada berita baik lah. Untuk pengetahuan tentang SL1M ni, dieorg ada intake. Tak dibuka setiap masa. Oleh itu, cakna kan diri anda. 

"InsyaAllah awal tahun depan dapat kerja"

Wednesday, 16 November 2011

Apa tengok tengok?

Menjadi kebiasaan bagi aku untuk check statistic bagi orang yang masuk keluar blog aku ni. Tiba-tiba aku cuak sebab ade satu link ni, bunyi macam aku ni orang jahat. Sume gara-gara post pasal palestine tu. Siap web dari lethal ape ntah. Abis la aku. Semalam je terus aku hide post tu kot-kot jadi lebih parah. Tak tahu lah orang nak spam ke, ape ke. 

Ape tengok tengok? Aku pelik juga, ada ape kat muka aku ni. Aku tak penah terfikir. Sejak dari kecik lagi, yang aku mula mula perasan mase aku darjah 6. Dari time tu lah aku perasan yang sesetengah orang bila pandang aku macam ada sesuatu pada muka aku ni. Tak tahu lah korang paham tak maksud aku ni. Bila jalan-jalan je, ade orang pandang aku macam aku ni orang jahat. Pernah juga aku terfikir ape yang korang pandang-pandang. Muka biase orang malaysia kot...


Thursday, 10 November 2011

Apekah itu "Fast Lens"?

Note: Post ini mengandungi istilah-istilah photography yang mungkin menaikkan tahap ketidakpahaman anda semasa membaca post ini. 

Ni Jilid Ke-4
Dah masuk jilid ke-8 bagi Majalah Photoghraphy Terkini, Aperture. Tahniah diucapkan! Nampak gayanya majalah ini mendapat sambutan hangat bagi rakyat Malaysia, yang mana sekarang ini tergila-gilakan hobby mahal, Photoghraphy. Mana tak dapat sambutan, aku yang selalu beli majalah Photoghraphy yang dalam Bahasa Inggeris pon terbeli majalah Aperture. Bagus juga ada dalam Bahasa Melayu, Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Bila baca saja majalah tersebut, adalah sikit berasa pelik dengan istilah-istilah yang ditukar kepada bahasa melayu, seperti Lampu Denyar! Aku tak kisah yang tu, yang penting ilmu yang disampaikan tu dapat aku guna dalam bidang ni. 

Kali ni aku nak bagi post dalam bahasa melayu pulak. Belajar-belajar tulis dalam bahasa melayu, nak kongsi-kongsi pengalaman aku ni. Bila cakap tentang "Fast Lens", ni merujuk pada lens yang mahal yang bukaan lens pada f2.8 atau kurang. Sebagai contoh, Canon EF 50mm f1.4 USM atau Nikon 50mm f1.4D AF. Kenapa Fast Lens? Ini adalah kerana keupayaan lens ini beroperasi dalam keadaan kurang cahaya (low-light). Lens lain tak dapat beroperasi ke? Dapat! Akan tetapi, gambar yang dihasilkan mungkin akan kabur, dan kemungkinan besar tidak tajam (sharp!). 

Nikon 18-105mm, f3.5, 1/4, ISO 250. Kalau aku guna
50mm f1.4 confirm cantik gambar. Tak macam ni, kabur dan
berbayang. 
Cahaya akan lebih banyak memasuki lens yang bukaannya f1.4 berbanding lens yang bukaannya f3.5. Inilah kelebihan fast lens. Bagi aku, aku ada lens Nikkor 18-105mm f3.5-5.6 dan Nikkor 50mm f1.4D AF. Mengikut pengalaman aku, semestilah lens f1.4 lebih berguna dalam keadaan kurang cahaya seperti dalam tempat tertutup (indoor). Apa yang membuatkan aku menulis pasal ni sebab aku terlepas menggunakan lens 50mm aku tuh dalam satu indoor event. Sepanjang event tu, aku gunalah kit lens 18-105mm tu dan berpuas hati lah. Bila tiba satu pertunjukan tarian, gambar yang ditangkap sangat kabur dan berbayang! Aku tak terfikir pon nak guna 50mm tuh. Terasa rugi sangat! 

Bila nak pakai fast lens? Semestinya dalam keadaan low light. Bila anda menggunakan f1.4 atau f1.8 atau lain-lain aperture untuk fast lens (bawah f2.8), anda telah tidak sengaja telah menaikkan beberapa stop shutter speed. Dengan menaikkan beberapa stop shutter speed DAN juga menaikkan ISO, anda dapat menangkap gambar tarian atau pergerakan (sebagai contoh, sukan dalam dewan). Inilah kelebihan fast lens. Sebagai contoh, lens yang biasa digunakan untuk sukan adalah 70-200mm f2.8. Lens ini memang tajam abislah, tambah pula dengan body camera yang mampu menggunakan ISO yang tinggi tanpa noise (Contoh, Nikon D3X). Banyak lagi lens-lens yang lain yang mampu digunakan dalam keadaan low light. 

Note: Mengambil gambar potrait dalam rumah (indoor) adalah berlainan dengan mengambil gambar sukan dalam dewan/stadium. Bezenya disini adalah penggunaan Flashgun, yang mampu mengubah exposure. Anda juga boleh ke sini dan juga sini untuk information tambahan. 

Jika ada information yang salah, betulkan. Ini adalah mengikut kata hati dan fikiran aku yang berdasarkan pengalama. :)

Tuesday, 1 November 2011

My Travel Log: From Kuching to Mukah


Perjalanan paling lama sepanjang aku menetap di Sarawak tapi bagi aku, boleh tahan lagi lah sebab dah biasa balik Kelantan time raya. Kalau time raya tuh, mahu nak dicecahnya 15jam. Dari Kuching ke Mukah ni ambil masa 10jam melalui jalan darat lah. Kalau tengok Google maps tu, 6 jam je (tak tau lah dieorang bajet speed 100km/j) Orang Serawak pon tak pernah drive pergi Mukah. Biasanya orang pergi naik kapal terbang. Bukan yang airbus or boeing, yang MAS wing tu. Bila berawan tebal skit, bergegar satu kapal terbang. 

Sri Aman, Bandar di tepi Sungai. Terkenal dengan Pesta Denak
Nak drive 10 jam ni bukan calang-calang orang je, kena lah ada experince. Yang paling penting, backup driver. Dalam trip ni, of course lah ayah aku main driver. Tapi ade juga aku selit-selit drive sebab keadaan jalannya tak tahu macam mana, so, experience tu kurang skit bila masuk jalan-jalan macam ni. Sepanjang jalan dari Kuching ke Mukah, Alhamdulilllah, jalannya boleh dikatakan ok, semua ber-tar lah. Tak ada jalan tanah merah macam masuk dalam hutan. Sarawak dah maju! 

Dari Kuching ke Serian, memang boleh speeding lah. Dari  Serian ke Sarikei, keadaan jalan macam jalan Gua Musang menuju ke kelantan. Yang paling best, jalan ke Mukah dari Sibu sama macam jalan Pantai dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu. Kalau berdekatan bandar atau pekan, boleh lah jumpa rumah panjang. Tapi rumah panjang sekarang pon dah maju, atas kayu bawahnya simen. Sesetengahnya pula ada yang parking kereta kat bawah rumah. Yang paling tak best, keadaan jalannya memang tak rata, kadang-kadang ada banyak lubang sebab laluan lori pasir ulang alik.

Bandar di tepi Sungai juga
Kalau di Semenanjung, ade highway dan setiap 20-30km ada R&R. Kalau di sini, jangan harap nak ade R&R. Oleh itu, berbekal lah sepanjang perjalan 10jam tu. Lagipon, kat sarawak ni makanan tak boleh percaya sangat, halal haramnya tak tau. Muka sama macam melayu, bila tengok lengan, bertatu. Iban la tuh. Sebab tu lah berbekal. Stesen minyak tak ada masalah, sebab setiap 2 jam, sampai lah ke bandar-bandar penting. Contohnya dari Kuching ke Sri Aman ambil masa 3jam, Sri Aman ke Sarikei 2jam, Sarikei ke Sibu 2jam, Sibu ke Mukah 2jam. Kedai makan ada saja di setiap bandar ni. No Problem at all! Sesiapa yang mahu travel di Sarawak ni, melalui jalan darat, di persilakan. 

p/s: Bulan 12 ni nak buat trip pergi KK! Sape nak ikut? :D

Mukah, Bandar Di tepi Laut China Selatan
Sibu, bandar kedua terbesar selepas Kuching! 
Pokok yang macamnya terowong. Terjumpa di Engkilili.

Followers