Thursday, 10 November 2011

Apekah itu "Fast Lens"?

Note: Post ini mengandungi istilah-istilah photography yang mungkin menaikkan tahap ketidakpahaman anda semasa membaca post ini. 

Ni Jilid Ke-4
Dah masuk jilid ke-8 bagi Majalah Photoghraphy Terkini, Aperture. Tahniah diucapkan! Nampak gayanya majalah ini mendapat sambutan hangat bagi rakyat Malaysia, yang mana sekarang ini tergila-gilakan hobby mahal, Photoghraphy. Mana tak dapat sambutan, aku yang selalu beli majalah Photoghraphy yang dalam Bahasa Inggeris pon terbeli majalah Aperture. Bagus juga ada dalam Bahasa Melayu, Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Bila baca saja majalah tersebut, adalah sikit berasa pelik dengan istilah-istilah yang ditukar kepada bahasa melayu, seperti Lampu Denyar! Aku tak kisah yang tu, yang penting ilmu yang disampaikan tu dapat aku guna dalam bidang ni. 

Kali ni aku nak bagi post dalam bahasa melayu pulak. Belajar-belajar tulis dalam bahasa melayu, nak kongsi-kongsi pengalaman aku ni. Bila cakap tentang "Fast Lens", ni merujuk pada lens yang mahal yang bukaan lens pada f2.8 atau kurang. Sebagai contoh, Canon EF 50mm f1.4 USM atau Nikon 50mm f1.4D AF. Kenapa Fast Lens? Ini adalah kerana keupayaan lens ini beroperasi dalam keadaan kurang cahaya (low-light). Lens lain tak dapat beroperasi ke? Dapat! Akan tetapi, gambar yang dihasilkan mungkin akan kabur, dan kemungkinan besar tidak tajam (sharp!). 

Nikon 18-105mm, f3.5, 1/4, ISO 250. Kalau aku guna
50mm f1.4 confirm cantik gambar. Tak macam ni, kabur dan
berbayang. 
Cahaya akan lebih banyak memasuki lens yang bukaannya f1.4 berbanding lens yang bukaannya f3.5. Inilah kelebihan fast lens. Bagi aku, aku ada lens Nikkor 18-105mm f3.5-5.6 dan Nikkor 50mm f1.4D AF. Mengikut pengalaman aku, semestilah lens f1.4 lebih berguna dalam keadaan kurang cahaya seperti dalam tempat tertutup (indoor). Apa yang membuatkan aku menulis pasal ni sebab aku terlepas menggunakan lens 50mm aku tuh dalam satu indoor event. Sepanjang event tu, aku gunalah kit lens 18-105mm tu dan berpuas hati lah. Bila tiba satu pertunjukan tarian, gambar yang ditangkap sangat kabur dan berbayang! Aku tak terfikir pon nak guna 50mm tuh. Terasa rugi sangat! 

Bila nak pakai fast lens? Semestinya dalam keadaan low light. Bila anda menggunakan f1.4 atau f1.8 atau lain-lain aperture untuk fast lens (bawah f2.8), anda telah tidak sengaja telah menaikkan beberapa stop shutter speed. Dengan menaikkan beberapa stop shutter speed DAN juga menaikkan ISO, anda dapat menangkap gambar tarian atau pergerakan (sebagai contoh, sukan dalam dewan). Inilah kelebihan fast lens. Sebagai contoh, lens yang biasa digunakan untuk sukan adalah 70-200mm f2.8. Lens ini memang tajam abislah, tambah pula dengan body camera yang mampu menggunakan ISO yang tinggi tanpa noise (Contoh, Nikon D3X). Banyak lagi lens-lens yang lain yang mampu digunakan dalam keadaan low light. 

Note: Mengambil gambar potrait dalam rumah (indoor) adalah berlainan dengan mengambil gambar sukan dalam dewan/stadium. Bezenya disini adalah penggunaan Flashgun, yang mampu mengubah exposure. Anda juga boleh ke sini dan juga sini untuk information tambahan. 

Jika ada information yang salah, betulkan. Ini adalah mengikut kata hati dan fikiran aku yang berdasarkan pengalama. :)

0 comments:

Followers