Monday, 21 November 2011

Diari seorang Pengangur Biotech

Apa kes ni tak keje-keje lagi? Dah dekat 6bulan dah duduk tanam serai belakang rumah. Baru 6bulan aku mengangur. Apa kes nak mengangur? Dalam berita cakap, BN Youth Jobs Fair cakap ade dekat beribu  kerja kalau tak silap aku. Abis tu kenapa duk mengangur? Aku pon tak tau. Banyak juga faktor-faktornya. Dari segi faktor individu, mahupon faktor luaran. 

Graduan memilih kerja?
Aku ni pemilih sangat ke? Pernah jugak aku fikir-fikir. Nak jadi R.A? Hmm..Tu last option aku kot. Kalau masuk RA, alamatnya sambung belajarlah. Aku ni, dalam bab-bab belajar memang susah sikit. Tak pandai sangat. Degree yang dapat pon cukup-cukup makan je. Kenapa nak sambung belajar? Masing-masing jawab. Member aku cakap, kerja banyak, ko tu memilih sangat. Memang ler kerja banyak tapi kalau sume kerja bukan dalam bidang aku. Ada saje orang lari bidang, sebab susah nak cari keje dalam bidang tu. Ade yang masuk bidang business, sebab bidang tu banyak keje. Duk dalam bidang marketing, management dan sebagai. Bagi aku lah, aku takde skills sangat nak masuk bidang business nih. Sape nak ambik kalo takde skills, ape lagi minat pon takde. 

Nak try lari masuk bidang lain? Maaflah, aku dah terpilih untuk bidang biotech nih. Kerajaan dah bayar beratus-ratus ribu untuk aku blaja biotech ni. Sayang pulak nak tukar bidang. Andai kata beli kete mahal, tapi nak tukar beli lori pulak. Penat dik oi. Lesen nak kene tukar lagi, experience nk blaja pandu lori lagi. Sebab tu lah aku memilih. So, dari beribu peluang kerja yang aku dapat tu, dah kurang tinggallah beratus-ratus je. Tu yang aku perhati. Dalam Jobs Fair kat PWTC, booth yang offer science related jobs ni boleh kira dengan tangan je. 

Aku tak memilih sangat, asalkan dapat kerja dalam bidang aku pon dah cukup. 

Masuk kerja dengan Government?
"Maaflah dik, permohonan adik dah kene reject awal-awal lagi". Tu kata Pegawai kerajaan yang proses permohonan (aku bayangkan aje, tak betul pon). Macam mane tak kene reject, degree takde kepujian, tambah pulak Fresh graduate yang takde experience. Kalau tak salah aku lah, dalam tahun ni juga, kerajaan dah beku kerja bagi beberapa sektor. Aku pon tak sure sangat. Tapi yang aku tau, dah dibekukan. Bila dibekukan, susah lah nak masuk. Iklan jawatan ade, tapi yang diambil hanya beberapa kerat saje. Nak compete dengan graduan yang ade kepujian? Awal-awal lagi dah terjatuh. Tapi bagi aku, tak adalah terjatuh. Bangun aje kalau jatuh. Jangan Putus asa!!! 

Mane kerja dalam bidang Biotech? Dalam kerajaan, aku tak tau. Tapi dalam bidang swasta, ade peluang besar lah. Oleh itu, dari situ lah aku mencuba nasib. Hantar sahaja resume, dapat tak dapat nombor 2. Rezeki ditangan Tuhan. Pasti ada, cuma lambat atau cepat saje. Kemana arah tuju biotech negara nih? Dulu, Pak Lah yang kuat biotech. Tapi sekarang ni Pak Najik. Lain arus tu dik oi. Dalam Plan Pelaksaan Negara Malaysia (aku tak sure betul ke tak, tapi ade satu buku tebal pasal arah tuju negara, warna biru), Biotech dalam last skali dalam buku tu. Sayangnya aku tak bace lagi buku tu. Balik Kuching nanti aku bacakan. 


Langkah kerajaan?
Kenapa kerajaan bekukan jawatan? Aku pon tak tahu. Bila aku masuk borak-borak dengan pakcik-pakcik tua yang kerja dengan kerajaan, dieorg cakap kerajaan tak ada duit. Tu yang dibekukan. Aku pon tak tahu betul ke tak benda ni. Yang pasti, bila kerjaan beku jawatan kerajaan, ramai lah yang mengangur. Bila ramai mengangur, negara dah rugi besar sebenarnya. Dari segi work force untuk gerakkan ekonomi negara. Apa langkah kerajaan nak atasi mengangur ni? Salah satunya BN Jobs Fair tu, yang diadakan seluruh negara. Bagi aku, tu biasa-biase sajalah. Yang paling aku suka, kerajaan buat Graduate training. Sebagai contoh, GEMS yang aku nak masuk dulu tu, tapi aku tak masuk sebab tak dapat offer letter (Lawak je bunyi). Tapi yang tu general jelah, yang mana dalam process training kat sesebuah random syarikat selepas 2bulan belajar dalam kelas. 

Selain tu, yang paling aku suka, SL1M (Skim Latihan 1Malaysia). Untuk SL1M ni, graduate yang mengangur diberi peluang untuk memilih syarikat swasta sebagai tempat untuk training. Ada dalam 50syarikat swasta seperti PETRONAS, TNB, SYABAS, dan sebagainya (Boleh rujuk di sini) Kenapa aku suka yang ni? Bila dah masuk training dalam syarikat ni, ada peluang boleh masuk kerja dalam syarikat tu kalau prestasi bagus. Aku dah mintak kat beberapa syarikat, moga ada berita baik lah. Untuk pengetahuan tentang SL1M ni, dieorg ada intake. Tak dibuka setiap masa. Oleh itu, cakna kan diri anda. 

"InsyaAllah awal tahun depan dapat kerja"

0 comments:

Followers