Sunday, 26 February 2012

Benda baik atau benda tak baik?

Ada satu malam ketika aku dalam perjalanan ke Bangi, aku dengarlah radio ikim kalau tak salah. Bukannya aku ingat semua siaran radio. Main hentak saja lah labu! Ada satu cerita berkenaan benda baik dan benda tak baik. Menarik juga. Aku mahu kongsi sama rakan-rakan gue yang menjadi ikutan blog gue ini (wah, cakap indon gitu~)

Ada seorang pakcik di satu kampung. Pakcik ini dah tua dan ada anak lelaki seorang. Kerja pakcik ini adalah penternak kuda. Kudanya bukannya banyak, ada seekor saja. Itu saja yang die ada. Pada suatu hari, kuda tunggal pakcik ini hilang dan tidak dapat dicari. Satu kampung dicari tapi tidak jumpa apa-apa. Bila dah hilang kuda kesayangannya itu, penduduk kampung pon pergi ziarah pakck tersebut untuk mengucapkan takziah. Akan tetapi, apa yang pakcik tu jawab: 
"Benda yang tak baik, tak semestinya tak baik"
Hairan penduduk kampung tersebut. Orang yang kehilangan benda selalunya sedih. Tapi pakcik ni berfalsafah pula. Penduduk kampung pon beredar tanpa memahami kata-kata pakcik itu. Untuk pengetahuan, kuda pakcik yang hilang itu adalah kuda betina. Oleh kerana kuda itu cantik rupanya, ia telah menarik perhatian banyak kuda jantan yang lain. Selang beberapa hari, si kuda betina ni pulang ke kandang dan membawa kuda-kuda jantan yang lain. Bertambahlah bilangan kuda si pakcik tua itu. Bila keadaan ni sudah diketahui oleh orang kampung, terus orang kampung menziarahi pakcik tadi untuk mengucapkan tahniah! Apa yang pakcik tu jawab: 
"Benda yang baik, tak semestinya baik"
Lagi sekali pakcik itu berfalsafah. Apa lagi, naik kebingunan orang-orang kampung. Orang kampung yang malas nak memahami maksud pakcik tersebut terus beredar. Oleh kerana kuda pakcik itu bertambah, si anak lelaki pakcik tersebut terpaksa menolong bapanya. Ketika dia sedang membersihkan kudanya itu, kuda itu menendang anak lelaki pakcik itu. Akibatnya, lumpuhlah anak kesayangan pakcik itu. Lalu orang kampung datang untuk mengucapkan takziah atas kejadian itu. Apa yang pakcik tu jawab: 
"Benda yang tak baik, tak semestinya tak baik"
Terkedu lagi orang kampung. Ini dah masuk kali ke 3 pakcik tua tu berfalsafah. Tapi apa pon orang kampung tak paham. Dalam masa itu juga, kerajaan terlah mengisytiharkan peperangan setelah lama kemelut dengan negara jiran. Oleh sebab itu, kerajaan memerlukan ramai orang muda sebagai askar kepada peperangan itu. Semua pemuda di kampung itu telah dipaksa menyertai peperangan KECUALI anak pakcik itu yang lumpuh. Selepas peperangan itu, keraajan itu telah mengalami kekalahan besar. Ramai pemuda terkorban. Oleh kerana ramai pemuda terkorban, hanya anak pakcik itu saja yang tinggal dan menjadi pujaan perempuan muda untuk diambil sebagai suami. Biarpun lumpuh, hanya dia seorang saja pemuda di kampung itu. Maka, berkahwinlah dia dengan anak orang kaya kampung. 

p/s: Allah dah jadikan hidup kita teratur. Kita mungkin tidak memerlukan sesuatu, tapi Allah bagi sesuatu untuk keperluan kita di masa depan. Benda yang baik, tak semestinya baik, benda yang tak baik, tak semestinya tak baik. 

Friday, 24 February 2012

Keadaan diriku ini....

  • Facebook? Ni kali ke-3 aku deactivate facebook. Macam dah bosan. Takde ape-ape pon kat facebook. Nanti aku activate balik, tu pon bile dah bosan sangat! hehe. Macam-macam kerenah orang aku tengok kat facebook. Makin lame makin meluat. Bukan nak kutuk orang atau mencemuh, tapi keadaan orang di facebook, tak same macam tuan empunya akaun di luar sana. Lagi satu, aku rase macam bodoh pon ade bile duk main kat facebook tu. Duk bace status orang. Macam tak ada kerja lain. Lebih-lebih bila status orang yang 'ntah ape-ape'. Masalah dunia duk luah kat facebook. Masalah akhirat tak ada pulak nak luah kat facebook. Benda-benda macam ini lah membuatkan aku deactivate facebook. Bagi yang rapat dengan aku, kalau nak contact, contact saja lah kat sini, kalau ade nombor telefon, mesej pon boleh, call pon boleh. :) 
"Maafkan aku Najwa Letih, tiada lagi cinta mukabuku mu"
  • Oleh sebab aku tengah mengangur, banyak juga lah masa aku terluang. Tiba-tiba terdetiklah nak buat blog khas untuk photoghraphy aku ni. Bila banyak baca pasal profession dalam photography, mulalah nak buat portfolio. Kalau tak salah aku, dah nak masuk 2 tahun aku dalam photography ni. Gambar pon dah banyak. Bolehlah buat blog dan portfolio, bagi orang tengok. Kalau encik-encik dan puan-puan nak tengok blog yang tak seberapa ni, boleh lah klik kat sini.
  • Alhamdulillah, interview pon dah ade orang panggil. Itu pon dah tunjuk keadaan positive. Sebelum ini, tak ada orang pon nak panggil. Rezeki tak ade. Lame juga aku mengangur, dalam 6-7 bulan. Tapi sekejap saje rase. Ape-ape pon, tunggu saja lah orang yang interview call. Moga-moga dapat. InsyaAllah! 

Wednesday, 1 February 2012

Malaysia Boleh?

Dalam duk tuggu nak masuk alam pekerjaan ni, memang bosan lah duk bersahaja. Facebook dah jadi teman rapat. Pastu sekarang ni main game online, memang takde keje. Sampailah aku terjumpa satu orang ni post video. Nah! Dipersilakan tonton video ni dulu. 


Mantapkan?? 

Lepas aku tengok video ni, aku pon terfikir juga lah. Ade ke orang kat Malaysia nak buat pertandingan macam ni? Mula-mula memang terkagum dengan persembahan dieorg ni. Persembahan tu lain cerita, yang aku nak sampaikan disini pertandingan sedemikan rupa bukan senang nak dibuat. Memanglah kita tidak setanding dengan masyaraka Jepun. Tapi apa salahnya kalau kita tiru-tiru sikit, dan belajar dari masyarakat dieorang. Cuba applikasikan apa yang dieorang ada. 

Boleh ke masyarakat kita buat pertandingan seperti ni? Bukan saja pertandingan seperti ini, pertandingan lain pon boleh. Benda ni lebih kurang seperti kawad Polis dan Tentera je. Tapi nak diceritakan disini, kreatifnya masyarakat Jepun ni, kawad pon dieorang ubah jadi benda seperti ni. Masyarakat Jepon memang salah satu masyarakat yang pemikiranya kreatif, yang mana cara pemikirannya sistematik. Bila cara pemikiran dah sistematik, element-element lain akan datang dengan sendiri. Ini bukan aku yang buat cite, orang Malaysia dah buat pHD pasal cara pemikiran ni, lebih-lebih dia dah bandingkan dengan masyarakat luar negara.

Kalau lah masyarakat kita boleh buat pertandingan sedemikian rupa, ada ke pakcik, makcik, mak bapak nak datang tengok pertandingan pelik ni. Kalau lah korang perasan, tempat duduk penuh dalam indoor stadium tu. Memang lah Jepun penduduknya padat, berjuta-juta orang, mestilah dewan tu penuh. TAPI, kalau dieorang takde satu semangat ni, benda ni tak jadi. Ape bende semangat tu? Semangat sokong menyokong. Benda ni memang perlu ditanam dalam diri kita. Aku dulu pon takde sangat semangat ni. Nak sokong kene tengok kualiti dulu. Aku bagi contoh, dulu aku memang tak ikut Bola Sepak di Malaysia ni. Dulu pon aku pelik nape orang sokong bola sepak malaysia yang ntah apa-ape. Bila sampai satu tahap, mata aku terbuka dan tengok sendiri bangunnya bola sepak ni. Sampailah sekarang, aku dah set diri aku nak sokong bola sepak di malaysia ni. EPL? Seria-A? Aku dah tak tau ape-ape dah. Malah Man-U yang aku sokong sejak aku darjah 6 lagi dah jadi No3 dalam favorite team aku. Team mane yang jadi No1 & No 2? Semestinya tempat tumpahnya darahku, MALAYSIA dan KELANTAN.

p/s: Korang fikir-fikirkan lah. Benda baik, jangan ditolak. Terus diambil tanam dalam diri. Mulakanlah dari senyum. Tak salah senyum, tapi tak semua orang boleh senyum. Belajar-belajarlah senyum kerana dengan senyum, mood orang boleh berubah.  


Followers