Dalam duk tuggu nak masuk alam pekerjaan ni, memang bosan lah duk bersahaja. Facebook dah jadi teman rapat. Pastu sekarang ni main game online, memang takde keje. Sampailah aku terjumpa satu orang ni post video. Nah! Dipersilakan tonton video ni dulu.
Mantapkan??
Lepas aku tengok video ni, aku pon terfikir juga lah. Ade ke orang kat Malaysia nak buat pertandingan macam ni? Mula-mula memang terkagum dengan persembahan dieorg ni. Persembahan tu lain cerita, yang aku nak sampaikan disini pertandingan sedemikan rupa bukan senang nak dibuat. Memanglah kita tidak setanding dengan masyaraka Jepun. Tapi apa salahnya kalau kita tiru-tiru sikit, dan belajar dari masyarakat dieorang. Cuba applikasikan apa yang dieorang ada.
Boleh ke masyarakat kita buat pertandingan seperti ni? Bukan saja pertandingan seperti ini, pertandingan lain pon boleh. Benda ni lebih kurang seperti kawad Polis dan Tentera je. Tapi nak diceritakan disini, kreatifnya masyarakat Jepun ni, kawad pon dieorang ubah jadi benda seperti ni. Masyarakat Jepon memang salah satu masyarakat yang pemikiranya kreatif, yang mana cara pemikirannya sistematik. Bila cara pemikiran dah sistematik, element-element lain akan datang dengan sendiri. Ini bukan aku yang buat cite, orang Malaysia dah buat pHD pasal cara pemikiran ni, lebih-lebih dia dah bandingkan dengan masyarakat luar negara.
Kalau lah masyarakat kita boleh buat pertandingan sedemikian rupa, ada ke pakcik, makcik, mak bapak nak datang tengok pertandingan pelik ni. Kalau lah korang perasan, tempat duduk penuh dalam indoor stadium tu. Memang lah Jepun penduduknya padat, berjuta-juta orang, mestilah dewan tu penuh. TAPI, kalau dieorang takde satu semangat ni, benda ni tak jadi. Ape bende semangat tu? Semangat sokong menyokong. Benda ni memang perlu ditanam dalam diri kita. Aku dulu pon takde sangat semangat ni. Nak sokong kene tengok kualiti dulu. Aku bagi contoh, dulu aku memang tak ikut Bola Sepak di Malaysia ni. Dulu pon aku pelik nape orang sokong bola sepak malaysia yang ntah apa-ape. Bila sampai satu tahap, mata aku terbuka dan tengok sendiri bangunnya bola sepak ni. Sampailah sekarang, aku dah set diri aku nak sokong bola sepak di malaysia ni. EPL? Seria-A? Aku dah tak tau ape-ape dah. Malah Man-U yang aku sokong sejak aku darjah 6 lagi dah jadi No3 dalam favorite team aku. Team mane yang jadi No1 & No 2? Semestinya tempat tumpahnya darahku, MALAYSIA dan KELANTAN.
p/s: Korang fikir-fikirkan lah. Benda baik, jangan ditolak. Terus diambil tanam dalam diri. Mulakanlah dari senyum. Tak salah senyum, tapi tak semua orang boleh senyum. Belajar-belajarlah senyum kerana dengan senyum, mood orang boleh berubah.
0 comments:
Post a Comment