Sunday, 26 February 2012

Benda baik atau benda tak baik?

Ada satu malam ketika aku dalam perjalanan ke Bangi, aku dengarlah radio ikim kalau tak salah. Bukannya aku ingat semua siaran radio. Main hentak saja lah labu! Ada satu cerita berkenaan benda baik dan benda tak baik. Menarik juga. Aku mahu kongsi sama rakan-rakan gue yang menjadi ikutan blog gue ini (wah, cakap indon gitu~)

Ada seorang pakcik di satu kampung. Pakcik ini dah tua dan ada anak lelaki seorang. Kerja pakcik ini adalah penternak kuda. Kudanya bukannya banyak, ada seekor saja. Itu saja yang die ada. Pada suatu hari, kuda tunggal pakcik ini hilang dan tidak dapat dicari. Satu kampung dicari tapi tidak jumpa apa-apa. Bila dah hilang kuda kesayangannya itu, penduduk kampung pon pergi ziarah pakck tersebut untuk mengucapkan takziah. Akan tetapi, apa yang pakcik tu jawab: 
"Benda yang tak baik, tak semestinya tak baik"
Hairan penduduk kampung tersebut. Orang yang kehilangan benda selalunya sedih. Tapi pakcik ni berfalsafah pula. Penduduk kampung pon beredar tanpa memahami kata-kata pakcik itu. Untuk pengetahuan, kuda pakcik yang hilang itu adalah kuda betina. Oleh kerana kuda itu cantik rupanya, ia telah menarik perhatian banyak kuda jantan yang lain. Selang beberapa hari, si kuda betina ni pulang ke kandang dan membawa kuda-kuda jantan yang lain. Bertambahlah bilangan kuda si pakcik tua itu. Bila keadaan ni sudah diketahui oleh orang kampung, terus orang kampung menziarahi pakcik tadi untuk mengucapkan tahniah! Apa yang pakcik tu jawab: 
"Benda yang baik, tak semestinya baik"
Lagi sekali pakcik itu berfalsafah. Apa lagi, naik kebingunan orang-orang kampung. Orang kampung yang malas nak memahami maksud pakcik tersebut terus beredar. Oleh kerana kuda pakcik itu bertambah, si anak lelaki pakcik tersebut terpaksa menolong bapanya. Ketika dia sedang membersihkan kudanya itu, kuda itu menendang anak lelaki pakcik itu. Akibatnya, lumpuhlah anak kesayangan pakcik itu. Lalu orang kampung datang untuk mengucapkan takziah atas kejadian itu. Apa yang pakcik tu jawab: 
"Benda yang tak baik, tak semestinya tak baik"
Terkedu lagi orang kampung. Ini dah masuk kali ke 3 pakcik tua tu berfalsafah. Tapi apa pon orang kampung tak paham. Dalam masa itu juga, kerajaan terlah mengisytiharkan peperangan setelah lama kemelut dengan negara jiran. Oleh sebab itu, kerajaan memerlukan ramai orang muda sebagai askar kepada peperangan itu. Semua pemuda di kampung itu telah dipaksa menyertai peperangan KECUALI anak pakcik itu yang lumpuh. Selepas peperangan itu, keraajan itu telah mengalami kekalahan besar. Ramai pemuda terkorban. Oleh kerana ramai pemuda terkorban, hanya anak pakcik itu saja yang tinggal dan menjadi pujaan perempuan muda untuk diambil sebagai suami. Biarpun lumpuh, hanya dia seorang saja pemuda di kampung itu. Maka, berkahwinlah dia dengan anak orang kaya kampung. 

p/s: Allah dah jadikan hidup kita teratur. Kita mungkin tidak memerlukan sesuatu, tapi Allah bagi sesuatu untuk keperluan kita di masa depan. Benda yang baik, tak semestinya baik, benda yang tak baik, tak semestinya tak baik. 

0 comments:

Followers