Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Saturday, 7 March 2015

Kemahuan melebihi keperluan?

Dah nak masuk 3 tahun aku bekerja. Memang alam berkerja lain dari alam belajar (obviously). Tapi tak semestinya aku berhenti dari belajar. Banyak benda yang aku belajar, yang mana tidak diajar di kita-kitab university (Hidup untuk belajar) Sebagai contoh, pengurusan wang, politik (samada tempat kerja atau politik negara), skop kerja bidang yang aku ceburi ni, bersosial (bukan di kelab malam) dan yang paling menarik, gaya pemikiran dan tingkah laku manusia. 

Memang tidak dinafikan manusia itu unik. Macam-macam orang aku pernah jumpa. Ada yang main nombor ekor, ada yang buat MLM, ada yang buat kerja 2-3 kerja dan macam-macam lagi. Bila aku fikir-fikir, kenapa jadi macam ni? 

Perkara pertama yang aku tengok dan perhati, gaya hidup dieorang. Kadang-kadang pendapatan tak seberapa tapi kemahuan melebihi keperluan. Bila dah jadi macam ni, mulalah guna duit untuk macam-macam perkara yang tak sepatutnya. 

Betul. Keperluan dan kemahuan perlu dijaga. Lebih-lebih kalau nak berkahwin (?). Perkara ni lah yang aku tak 'khatam' lagi. Bila ada duit poket lebih, mulalah guna duit untuk benda-benda yang tak perlu pon. Tapi dah hati nak. Beli juga. Lama-lama macam dah faham. Bila nak beli sesuatu, terlintas dalam otak aku, " Perlu ke benda ni? Nak pakai bila? Berfaedah ke?" Haaaaaa...dari situlah aku mula control diri aku ni.
Belanjawan tiap-tiap bulan aku control. Guna duit sebaiknya untuk keperluan. Tinggalkan kemahuan, atau pon buat tabung khas untuk kemahuan tu. Akhir bulan, bila kira-kira bajet bulanan, sebenarnya cukup pendapatan aku ni, walaupon aku meletakkan diri aku ni sebagai orang miskin bandar, yang lebih-lebih lagi dapat bantuan BR1M. Rezeki Allah bagi di tempat yang tak disangka-sangka. Alhamdulillah :)

Monday, 21 November 2011

Diari seorang Pengangur Biotech

Apa kes ni tak keje-keje lagi? Dah dekat 6bulan dah duduk tanam serai belakang rumah. Baru 6bulan aku mengangur. Apa kes nak mengangur? Dalam berita cakap, BN Youth Jobs Fair cakap ade dekat beribu  kerja kalau tak silap aku. Abis tu kenapa duk mengangur? Aku pon tak tau. Banyak juga faktor-faktornya. Dari segi faktor individu, mahupon faktor luaran. 

Graduan memilih kerja?
Aku ni pemilih sangat ke? Pernah jugak aku fikir-fikir. Nak jadi R.A? Hmm..Tu last option aku kot. Kalau masuk RA, alamatnya sambung belajarlah. Aku ni, dalam bab-bab belajar memang susah sikit. Tak pandai sangat. Degree yang dapat pon cukup-cukup makan je. Kenapa nak sambung belajar? Masing-masing jawab. Member aku cakap, kerja banyak, ko tu memilih sangat. Memang ler kerja banyak tapi kalau sume kerja bukan dalam bidang aku. Ada saje orang lari bidang, sebab susah nak cari keje dalam bidang tu. Ade yang masuk bidang business, sebab bidang tu banyak keje. Duk dalam bidang marketing, management dan sebagai. Bagi aku lah, aku takde skills sangat nak masuk bidang business nih. Sape nak ambik kalo takde skills, ape lagi minat pon takde. 

Nak try lari masuk bidang lain? Maaflah, aku dah terpilih untuk bidang biotech nih. Kerajaan dah bayar beratus-ratus ribu untuk aku blaja biotech ni. Sayang pulak nak tukar bidang. Andai kata beli kete mahal, tapi nak tukar beli lori pulak. Penat dik oi. Lesen nak kene tukar lagi, experience nk blaja pandu lori lagi. Sebab tu lah aku memilih. So, dari beribu peluang kerja yang aku dapat tu, dah kurang tinggallah beratus-ratus je. Tu yang aku perhati. Dalam Jobs Fair kat PWTC, booth yang offer science related jobs ni boleh kira dengan tangan je. 

Aku tak memilih sangat, asalkan dapat kerja dalam bidang aku pon dah cukup. 

Masuk kerja dengan Government?
"Maaflah dik, permohonan adik dah kene reject awal-awal lagi". Tu kata Pegawai kerajaan yang proses permohonan (aku bayangkan aje, tak betul pon). Macam mane tak kene reject, degree takde kepujian, tambah pulak Fresh graduate yang takde experience. Kalau tak salah aku lah, dalam tahun ni juga, kerajaan dah beku kerja bagi beberapa sektor. Aku pon tak sure sangat. Tapi yang aku tau, dah dibekukan. Bila dibekukan, susah lah nak masuk. Iklan jawatan ade, tapi yang diambil hanya beberapa kerat saje. Nak compete dengan graduan yang ade kepujian? Awal-awal lagi dah terjatuh. Tapi bagi aku, tak adalah terjatuh. Bangun aje kalau jatuh. Jangan Putus asa!!! 

Mane kerja dalam bidang Biotech? Dalam kerajaan, aku tak tau. Tapi dalam bidang swasta, ade peluang besar lah. Oleh itu, dari situ lah aku mencuba nasib. Hantar sahaja resume, dapat tak dapat nombor 2. Rezeki ditangan Tuhan. Pasti ada, cuma lambat atau cepat saje. Kemana arah tuju biotech negara nih? Dulu, Pak Lah yang kuat biotech. Tapi sekarang ni Pak Najik. Lain arus tu dik oi. Dalam Plan Pelaksaan Negara Malaysia (aku tak sure betul ke tak, tapi ade satu buku tebal pasal arah tuju negara, warna biru), Biotech dalam last skali dalam buku tu. Sayangnya aku tak bace lagi buku tu. Balik Kuching nanti aku bacakan. 


Langkah kerajaan?
Kenapa kerajaan bekukan jawatan? Aku pon tak tahu. Bila aku masuk borak-borak dengan pakcik-pakcik tua yang kerja dengan kerajaan, dieorg cakap kerajaan tak ada duit. Tu yang dibekukan. Aku pon tak tahu betul ke tak benda ni. Yang pasti, bila kerjaan beku jawatan kerajaan, ramai lah yang mengangur. Bila ramai mengangur, negara dah rugi besar sebenarnya. Dari segi work force untuk gerakkan ekonomi negara. Apa langkah kerajaan nak atasi mengangur ni? Salah satunya BN Jobs Fair tu, yang diadakan seluruh negara. Bagi aku, tu biasa-biase sajalah. Yang paling aku suka, kerajaan buat Graduate training. Sebagai contoh, GEMS yang aku nak masuk dulu tu, tapi aku tak masuk sebab tak dapat offer letter (Lawak je bunyi). Tapi yang tu general jelah, yang mana dalam process training kat sesebuah random syarikat selepas 2bulan belajar dalam kelas. 

Selain tu, yang paling aku suka, SL1M (Skim Latihan 1Malaysia). Untuk SL1M ni, graduate yang mengangur diberi peluang untuk memilih syarikat swasta sebagai tempat untuk training. Ada dalam 50syarikat swasta seperti PETRONAS, TNB, SYABAS, dan sebagainya (Boleh rujuk di sini) Kenapa aku suka yang ni? Bila dah masuk training dalam syarikat ni, ada peluang boleh masuk kerja dalam syarikat tu kalau prestasi bagus. Aku dah mintak kat beberapa syarikat, moga ada berita baik lah. Untuk pengetahuan tentang SL1M ni, dieorg ada intake. Tak dibuka setiap masa. Oleh itu, cakna kan diri anda. 

"InsyaAllah awal tahun depan dapat kerja"

Thursday, 13 October 2011

Musuh yang nyata!

~Bismillahirahmanirahim~

Aku pon bukannya baik sangat. Kadang-kadang muncul juga kejahatan aku. Bila amalan tak cukup, solat entah ke mana, tiba lah sang-sang penghasut minda. Datang 'cuci' otak. Bila terhuyung hayang, baru nak menyesal. Saat-saat ni lah aku duk cari tempat bergantung. Alhamdulillah, Allah pilih aku wat kerja agama ni. Bukan niat nak dakwah orang, tapi niat nak betul diri. InsyaAllah, bila diri dah betul, orang dicari. 

Source: Google search
Malam markas di Kuching ni hari Sabtu, macam kat Sri Petaling lah. Pergilah aku kesana untuk beriktikaf. Pagi Ahad ada Ustaz bagi bayan (maksud bayan dalam kamus dewan: Ilmu yang menerangkan erti dan maksud perkataan-perkataan dalam Al-Quran), memang ada rohani lah bayan ustaz tu. Dalam bayan tu, Ustaz ni cerita bagaimana setan tipu kita. Salah satu cara dia bagitahu, setan tipu kita dengan kerugian. Kerugian yang macam mane tu? 

Pernahkah kita hendak berbuat baik, contohnya bersedekah, niat nak sedekah RM10, tapi sedekah RM1 je? Aku pernah! Aku tak tipu! Pernah berlaku kat aku. Bila nak sedekah RM10, tiba-tiba je ade yang terpikir, "Eh, duit dah takde lah". Haaa...lepas tu mula lah fikir, nak beli tu lah, nak beli ni lah. Rugikan sedekah RM10. Time tu aku tak sekuat mana, tertipu juga dengan setan. Aku pun bukannya kuat sangat sekarang. Kadang-kadang tertipu juga. Tapi untuk perkongsian. Bila setan tipu yang hal kecil macam sedekah tu, boleh tahan lagi lah. Tapi bila ditipu hal yang besar macam mengerjakan haji, ini yang tak boleh jadi. Dieorang tipu kita rugi pergi haji awal-awal, duit gaji tak dapat. Nak buat tu tahun depan, nak buat ni tahun ni, tak boleh pergi haji lagi. Padahal dah mampu. Kasihan pakcik-makcik. Moga-moga Allah pilih mereka yang belum menunaikan haji. 

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, bila dah terfikir nak buat baik, ikat ketat-ketat niat di hati tu, kuatkan semangat nak laksanakan juga walau apa yang terjadi. Kadang-kadang, Allah nak uji kita juga. Sejauh mana kesungguhan kita nak laksanakan perkara baik tu. Jangan lah tertipu dengan kerugian. Orang Islam didunia ni tak pernah rugi. Buatlah apa-apa pun, asal niat baik kerana Allah. Pasti dan pasti, pahala ganjarannya. 

Tuesday, 4 October 2011

Quick Post!

Terjadinya satu perkara kerana asbab (perantaraan) besertakan dengan izin Allah. Semoga kita pilih Allah, bukan asbab. 
p/s: syirikkah kita kalau pilih asbab?  

Monday, 3 October 2011

Trend Movie Malaysia!

Macam-macam isu-isu semasa sekarang nih. Timbul pulak isu movie hantu yang banyak masuk di pawagam yang istimewanya siap di tegur oleh Tun Mahathir. Haaa..jangan main-main. Tun pon pantau jugak movie-movie nih. Aku pon baru perasan memang banyak cerita hantu yang kuar skrang nih. Bila keluar je cite, ramai orang pegi tengok. Macam Khufarat (bukan name movie yang sebenar), ramai yang cakap best, tapi bile je tengok macam macam yang tak logic.. Untung pulak sampai 8juta. Giler tu beb.  Same jugak cite Carrat (bukan name movie yang sebenar), jalan cite kurang memuaskan hati aku nih. Bila dah banyak kali jadi macam ni, timbul lah satu pandangan serong bagi seorang pencinta movie nih. 

Untung or Pengajaran? Kalo tengok awal-awal movie, banyak yang bagi intro ayat Quran lah. Peringatan lah. Macam-macam. Kalau diikutkan, pengajaran tu kuar pada awal movie jelah. Pastu diakhir movie. Mane pengajaran lainnye? Memang lah terdapat dalam cite tuh. Tapi bila tengok cite, plot yang tak best, banyak scene yang tak logic. Ntah ape-ape. Bila keluar scene macam ni, dah tak rase best lah nak tengok. Adakah karyawan-karyawan movie malaysia nih nak lawan cite Indon? Haha..siap ade pari-pari lagi. Jangan lah samapai tahap tuh. Trend movie malaysia ni macam dah nak ikut cite indon dah. Pesanan dari empunya blog nih, buat la cite yang best sikit. Plot cite yang masyuk, scene yang logik, dan pengajaran yang ade. Memang la dinamekan cite terbaekkk. Tapi jangan lah sampai benda yang orang tak pernah terpikir nak wat, dimasukkan dalam cite hantu tuh. Jangan ingat nak buat duit je...

p/s: Ade ke patut nak gi mandi tengah-tengah malam lepas accident yang tandasnya kat luar rumah. Kuar mandi pulak sorang-sorang. Logik ke tak? 

Followers