Thursday, 13 October 2011

Musuh yang nyata!

~Bismillahirahmanirahim~

Aku pon bukannya baik sangat. Kadang-kadang muncul juga kejahatan aku. Bila amalan tak cukup, solat entah ke mana, tiba lah sang-sang penghasut minda. Datang 'cuci' otak. Bila terhuyung hayang, baru nak menyesal. Saat-saat ni lah aku duk cari tempat bergantung. Alhamdulillah, Allah pilih aku wat kerja agama ni. Bukan niat nak dakwah orang, tapi niat nak betul diri. InsyaAllah, bila diri dah betul, orang dicari. 

Source: Google search
Malam markas di Kuching ni hari Sabtu, macam kat Sri Petaling lah. Pergilah aku kesana untuk beriktikaf. Pagi Ahad ada Ustaz bagi bayan (maksud bayan dalam kamus dewan: Ilmu yang menerangkan erti dan maksud perkataan-perkataan dalam Al-Quran), memang ada rohani lah bayan ustaz tu. Dalam bayan tu, Ustaz ni cerita bagaimana setan tipu kita. Salah satu cara dia bagitahu, setan tipu kita dengan kerugian. Kerugian yang macam mane tu? 

Pernahkah kita hendak berbuat baik, contohnya bersedekah, niat nak sedekah RM10, tapi sedekah RM1 je? Aku pernah! Aku tak tipu! Pernah berlaku kat aku. Bila nak sedekah RM10, tiba-tiba je ade yang terpikir, "Eh, duit dah takde lah". Haaa...lepas tu mula lah fikir, nak beli tu lah, nak beli ni lah. Rugikan sedekah RM10. Time tu aku tak sekuat mana, tertipu juga dengan setan. Aku pun bukannya kuat sangat sekarang. Kadang-kadang tertipu juga. Tapi untuk perkongsian. Bila setan tipu yang hal kecil macam sedekah tu, boleh tahan lagi lah. Tapi bila ditipu hal yang besar macam mengerjakan haji, ini yang tak boleh jadi. Dieorang tipu kita rugi pergi haji awal-awal, duit gaji tak dapat. Nak buat tu tahun depan, nak buat ni tahun ni, tak boleh pergi haji lagi. Padahal dah mampu. Kasihan pakcik-makcik. Moga-moga Allah pilih mereka yang belum menunaikan haji. 

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, bila dah terfikir nak buat baik, ikat ketat-ketat niat di hati tu, kuatkan semangat nak laksanakan juga walau apa yang terjadi. Kadang-kadang, Allah nak uji kita juga. Sejauh mana kesungguhan kita nak laksanakan perkara baik tu. Jangan lah tertipu dengan kerugian. Orang Islam didunia ni tak pernah rugi. Buatlah apa-apa pun, asal niat baik kerana Allah. Pasti dan pasti, pahala ganjarannya. 

0 comments:

Followers