Dah lama tak main blog. Salah satu alasan yang terbaik, masalah internet yang sangat 'memuaskan'. Bila dah laju je, terus lah blog. Kalau tak, tak ada nye nak blogging.
Bila cakap tentang rezeki ni, orang akan cakap nasiblah. Benda kita tak boleh rancang dan tak boleh tau. Rezeki ni kerja Allah swt. Allah swt telah aturkan rezeki semua makhluk, sejak alam roh lagi. Nak diceritakan lagi, rezeki ulat dalam batu pon Allah swt bagi (ni cerita Nabi Musa). Rezeki yang Allah swt bagi kepada makhluknya semua sama rata. Tak ada yang lebih, tak ada yang kurang. Dulu aku ni jahil, ingat rezeki yang Allah swt bagi tu duit sahaja. Bila ada duit, hidup senang. Salah anggapan tu, rezeki Allah bagi bukan tertakluk pada duit sahaja. Hidup senang pon rezeki juga. Ada orang miskin, kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. Tapi hidup bahagia. Ada orang kaya, duit masuk 4-5angka, tapi hidup tak pernah senang. Malah duit yang dapat pun tak cukup baginya.
Pagi tadi lepas aku bangun tido, dalam keadaan mamai lagi. Ade call dari GEMS. Salah satu program kerajaan untuk graduate student. Korang boleh lah pergi laman web GEMS kat SINI Aku dalam keadaan suara macam suara ella gitu, boleh kene interview. Adelah dalam 10-15minit kene interview through phone. Dengan keadaan yang belom prepare gitu, tak mungkin lah aku dapat masuk program tu. Bila dah tengahari, aku dapat email dari GEMS, awal-awal ayat, "Dear Successful candidate,". Pelik jugak aku. Interview pagi, tengahari dah dapat. Bila fikir-fikir, rezeki Allah swt. Aku terima sajalah.
p/s: Aku dapat placement kat Kota Kinabalu, Sabah. Kalau tak silap, Tuaran Beach Resort. Pergi ajelah. Awal-awal dapat kat Merang, Setiu, Terengganu. Tapi kene lapur diri esok, 27 October. Mampus aku nak cari tiket dari Kuching. Memang tak sempat lah. Call dieorg, tukar tempat. Settle. 2bulan di Kota Kinabalu! Ok bha!
0 comments:
Post a Comment