![]() |
| From Kuching to Serikin. Click to enlarge! |
Hari Sabtu, aku satu keluarga pergi jalan-jalan di Serikin, salah satu tempat popular di kalangan pelancong-pelancong dari semenanjung. Kalau tak pergi ke Serikin, sikda guna kitak datang Kuching. Haa...nak taknak, kena datang juga Serikin ni. Ada apa kat Serikin ni? Kalau kat kelantan tu, Rantau Panjang paling famous, dengan barang-barang murah yang datangnya dari Thailang contohnya baju, alat-alat dapur dan bermacam-macam lagi. Serikin ni lebih kurang sama lah dengan Rantau Panjang, ada jual barang-barang dari Indonesia. Serikin ni sebenarnya dekat sempadan Indonesia. Ramai penjual datangnya dari Indonesia. Kena pandai cakap dan tawar menawar lah. Kalau dari Kuching, perjalannya lebih kurang sejam lah. Rakyat Kuching ni pandu kereta perlahan-lahan, kalau dari Kuching ikut belakang bas, sampai Serikin lah duk ikut bas tu.
Sebelum ni aku pernah pergi Bandung, Indonesia. Best juga sebab banyak yang boleh shopping. Yang bestnya tentang Serikin ni, kain-kain untuk buat baju kurung pon ade kat sini. Macam kain baju kebaya, yang dah siap pon ada. Baju melayu yang macam dalam cita Ketika Cinta Bertasbih pon ada jual disini. Senang cita macam-macam lah ada. Yang paling penting, tikar serawak. Tikar serawak pon ade kat sini. Kalau pandai tawar, memang dapat murah tikar serawak ni. Orang penjual siap bungkus masuk dalam beg untuk bawa naik flight. Sebenarnya, niat aku pergi kesana nak cari raket badminton, ade cikgu MRSM sorang ni cakap die beli raket badminton kat sana. Pergi lah cari, tapi takde pon. Kot-kot ade jual raket Taufik Hidayat.
Kat serikin ni panas sangat, jalan pasir, kemudian kedai-kedai ade ditepi jalan sehingga ke sempadan. Lebih kurang satu kilometer juga jalannya. Jangan harap nak dapat bank ATM kat sini. Oleh itu, sila bawa duit banyak banyak. Kalau nak membeli tikar serawak tu, anggaran harga tikar tu dalam RM300. Ni harga paling besar, 9x10 kaki rasenya. Aku pon tak tau sangat pasal tikar ni, tapi parent aku ni dah kenal penjual tikar tu. Siap ambik contact number lagi. Nak tempah mudah, harga pon berpatutan.
Nak jadikan cerita, adik aku ni nak beli beg. Si penjual letak harga RM75. Aku pon tolong lah tawar-menawar, last last dapat Rm60 je. Bila nak bayar, aku dan adik aku ni siap korek dompet duit lagi, sebab tak cukup duit nak beli. Duit yang ade cuma RM58 je. Si penjual pon terima jelah walaupon tak cukup RM2. Bila nak balik, aku pon teringin nak beli beg sama juga. Cantik jugak beg tu. Tetibe terjumpe beg yang sama kat kedai dalam sikit, bila aku tanye je, die cakap Boleh bagi RM50. Tergelak aku. Then ayah aku siap tawar menawar lagi, dapat lah RM45. Ape lagi, angkut jelah tapi ayah aku bayarkan. Penat lelah aku dan adik aku cari duit nak bayar beg dia. Abis duit dalam dompet tu. Nak bagi pengajaran, jangan beli dulu. Survey harga dulu kat kedai lain. Lepas tu, tawar harga sampai separuh dari harga asal..Haha..lawak-lawak...
![]() |
| Jauh MAHSA Kolej buat marketing. Target orang indon ke? haha |
Sila sila lah datang ke Serikin ni. Kalau nak datang, bawa duit banyak banyak, kalau tak, menyesala nanti. Dan jangan lupa bawa topi dan air masak. Panas sangat kat sane...













1 comments:
huiyohh best. baik aku tak payah susah2 pegi indon. shopping kt sarawak je:D:D:D
Post a Comment