Perjalanan paling lama sepanjang aku menetap di Sarawak tapi bagi aku, boleh tahan lagi lah sebab dah biasa balik Kelantan time raya. Kalau time raya tuh, mahu nak dicecahnya 15jam. Dari Kuching ke Mukah ni ambil masa 10jam melalui jalan darat lah. Kalau tengok Google maps tu, 6 jam je (tak tau lah dieorang bajet speed 100km/j) Orang Serawak pon tak pernah drive pergi Mukah. Biasanya orang pergi naik kapal terbang. Bukan yang airbus or boeing, yang MAS wing tu. Bila berawan tebal skit, bergegar satu kapal terbang.
| Sri Aman, Bandar di tepi Sungai. Terkenal dengan Pesta Denak |
Nak drive 10 jam ni bukan calang-calang orang je, kena lah ada experince. Yang paling penting, backup driver. Dalam trip ni, of course lah ayah aku main driver. Tapi ade juga aku selit-selit drive sebab keadaan jalannya tak tahu macam mana, so, experience tu kurang skit bila masuk jalan-jalan macam ni. Sepanjang jalan dari Kuching ke Mukah, Alhamdulilllah, jalannya boleh dikatakan ok, semua ber-tar lah. Tak ada jalan tanah merah macam masuk dalam hutan. Sarawak dah maju!
Dari Kuching ke Serian, memang boleh speeding lah. Dari Serian ke Sarikei, keadaan jalan macam jalan Gua Musang menuju ke kelantan. Yang paling best, jalan ke Mukah dari Sibu sama macam jalan Pantai dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu. Kalau berdekatan bandar atau pekan, boleh lah jumpa rumah panjang. Tapi rumah panjang sekarang pon dah maju, atas kayu bawahnya simen. Sesetengahnya pula ada yang parking kereta kat bawah rumah. Yang paling tak best, keadaan jalannya memang tak rata, kadang-kadang ada banyak lubang sebab laluan lori pasir ulang alik.
| Bandar di tepi Sungai juga |
Kalau di Semenanjung, ade highway dan setiap 20-30km ada R&R. Kalau di sini, jangan harap nak ade R&R. Oleh itu, berbekal lah sepanjang perjalan 10jam tu. Lagipon, kat sarawak ni makanan tak boleh percaya sangat, halal haramnya tak tau. Muka sama macam melayu, bila tengok lengan, bertatu. Iban la tuh. Sebab tu lah berbekal. Stesen minyak tak ada masalah, sebab setiap 2 jam, sampai lah ke bandar-bandar penting. Contohnya dari Kuching ke Sri Aman ambil masa 3jam, Sri Aman ke Sarikei 2jam, Sarikei ke Sibu 2jam, Sibu ke Mukah 2jam. Kedai makan ada saja di setiap bandar ni. No Problem at all! Sesiapa yang mahu travel di Sarawak ni, melalui jalan darat, di persilakan.
p/s: Bulan 12 ni nak buat trip pergi KK! Sape nak ikut? :D
| Mukah, Bandar Di tepi Laut China Selatan |
| Sibu, bandar kedua terbesar selepas Kuching! |
| Pokok yang macamnya terowong. Terjumpa di Engkilili. |

0 comments:
Post a Comment