"Assalamualaikum warahmatullah....assalamualaikum warahmatullah"
Dipandangnya kekiri, kekanan, sambil mulutnya berkumat kamit membaca wirid. Di teliti muka-muka orang disekelilingnya, kalau-kalau ade yang dia kenal. Sesekali senyum apabila pandangannya disambut baik oleh orang ditepinya.
Eh, dah rakaat ke-8 ke? Dah kot. Ujarnya dalam hati. Terus mengangkat tangan untuk berdoa. Selesai saja, terus dia bingkas bangun tanpa menunaikan solat witir. Menjadi kebiasaannya menunai solat witir dirumah, dengan niatnya yang mahu bangun solat pagi. Orang ramai mula berpusu-pusu keluar dari dewan besar masjid itu. Lebih-lebihi lagi, moreh yang enak menunggu.
Di tingkat dua masjid itu telah dikhaskan untuk kaum muslimah untuk beribadat. Sejak 2-3 tahun ini, ramai muslimah yang datang kemasjid ni, membuatkan pihak jawatankuasa masjid terpaksa membuka ruang atas masjid itu.
Sesekali dia memandang ke atas. Gayanya seakan-akan mencari-cari seseorang. Gatal la kau ni. Bisik hatinya. Senyum sinis terpapar dibibirnya. Cepat-cepat dia beristigfar dan menuju keluar masjid. Melihat orang ramai beratur mengambil giliran untuk mengambil makanan, terus terbatal niatnya untuk menjamu moreh.
"Balik sajalah, roti john ade lagi", katanya seorang diri. Biasanya ada saja kawan-kawan dia ikut sekali untuk terawih. Tapi malam ni semuanya memberi alasan penat. Yelah, sudah seharian di kampus. Mana tak penatnya.
Terus dia menuju ke arah motorsikal milik kawannya itu. Ketika hendak menghidupkan enjin, terlintas sesuatu di fikirannya itu.
Tak datang ke malam ni? Tak mungkin. Bisiknya dalam hati.
Matanya menular kearah kawasan letak kereta. Mencari-cari sebuah kereta. Kalau tak salah, kereta buatan Malaysia. Wira kot. Katanya dalam hati.
"Hah, ada pun".
Tersenyum seorang diri, tanpa menghirau orang lain disekelilingnya.
"Tunggu dululah kejap. Harap-harap Roti John ade lagi." katanya. Kadang-kadang, 'sisa-sisa' makanan atau pun kuih muih untuk berbuka puasa disimpan dibawah serkup saji dirumah. Maklumlah, nak buang, tak sampai hati. Makanan itu bukannya 'rosak' pun. Masih elok untuk dimakan. Biasanya makanan 'sisa' itulah yang menjadi 'mangsa' lapar kawan-kawannya dirumah selepas terawih.
Hampir 5 minit dia di tempat duduk motorsikal. Sambil-sambil dia mendengar alunan ayat-ayat suci dari Imam besar masjid itu yang masih meneruskan solat terawih.
Senyum lebar terpamer dibibir. Akhirnya, tidak sia-sia dia menunggu. Kelihatan satu kumpulan muslimah, keluar dari masjid, menuju ke arah kereta Wira itu. Dia memerhati dari jauh, memandang tajam kearah seorang muslimah yang masih memakai telekung sembahyang, yang berjalan jauh kebelakang dari kawan-kawanya. Dipandang rupa wajah muslimah itu yang diterangi cahaya malap lampu dari masjid. Tidak berkelip matanya melihat muslimah itu.
Dalam diam-diam, hatinya bersuara.
"Comel"
Terus dia menghidupkan enjin motosikalnya, selepas kereta Wira itu meluncur keluar dari kawasan letak kereta masjid. Senyum masih terukir manis dibibir lelaki itu, hajatnya sudah tercapai. Harap-harap esok jumpa lagi, pinta hatinya.
0 comments:
Post a Comment