Monday, 12 September 2011

Celcom Berukband: Dimata Pengguna & Kuasa Pengguna!

Dah 2bulan aku gian nak blogging and sekarang baru dapat lepas try blogger new interface ni. Sakit ati sungguh dengan internet. Ntah ape-ape je celcon Berukband ni. Dah la line tak clear sangat, slow pulak tuh. Aku bace kat internet, memang kene sesumpah la celcom internet ni. Tp kecian pulak...Ahhhh..aku tak kisah. Padan muka ko celcom. Sekarang ni, aku dah dpt blog, nah, aku bagi beberapa bijik.

Celcom Broadband ni dah lama sebenarnya beroperasi, kalau tak salah aku, tahun 2009 lagi. Time tu, internet memang stabil dan speed pon laju. Lame kelamaan, servis 3G makin luas, dan di-upgrade sehinggakan di kawasan hulu pon ade perkhidmatan 3G. Banyak pengguna memilih Broadband ni berdasarkan servis dan bayaran yang murah yang mana mendorong mereka mimilih celcom. Akan tetapi, kelemahan broadband ni terpapar apabila ramai pengguna di satu satu tempat menggunakan perkhidmatan ini. Oleh itu, ramai pengguna akan mendapat 3G, tapi bukan full speed 3G sperti yang dijanjikan. Ini yang menimbulkan rasa tidak puas hati seperti aku ni. Servis 3G, tapi kelajuan tahap dial-up connection. Sakit-sakit....

Makin ramai yang tidak berpuas ati dgn celcom broadband ni, tapi ape boleh buat. Dah sign up 24month. Nak cancel contract pon kene bayar. Ini yang menyebabkan pengguna terpaksa 'stick' pada perkhidmatan ni. Di luar negara, perkhidmatan seperti ini, akan lenyap dan tinggal name sahaja. Kenapa? Dalam hal ini lah kuasa pengguna memainkan peranan penting. Bila pengguna complain mengenai masalah ni, pihak berkenaan sepatutnya mengambil langkah penyelesaian. Sekiranya tiada perubahan, pengguna boleh boikot product ini! Inilah kuasa pengguna. Bila ada kelemahan pada suatu product tu, terus mereka boikot product tu. Tapi di malaysia ni, kuasa pengguna ni sangat lemah. Ini mungkin disebabkan tiada perkhidmatan lain yang membolehkan mereka menukar kepada perkhidmatan tu. Ape boleh buat? Sabar aje lahhh........


0 comments:

Followers