![]() |
| Source: Google Image |
Bila dah masuk alam pengangur ni, macam-macam lah aku buat. Kebanyakan masa aku luangkan untuk naik berat badan. Terbaeekk! Selasa dan jumaat malam untuk main badminton. Petang nanti, untuk main bola tampar. Sihat tubuh badan. Hehe. Kadang-kadang, aku keluar lepak dengan member ayah aku nih, dengan geng-geng orang kelantan lah. Kat Kuching ni banyak orang kelantan. Tak heran lah kalau jumpe orang kelantan mesti kenal. Satu malam ni, aku pegi lah lepak-lepak kat mamak. Borak punyer borak sampai lah keluar cara bagaimana orang cina berniaga. Sorang ustaz ni bagitau caranya. Ade 3 cara:
- Satu barang harganya RM5, tapi dijualnya 3x ganda harga. Jadi, harga customers RM15 untungnya brape? RM10. Bila nak dibeli, standard lah, die cakap kalau rosak boleh tukar, tanpa kene bayar. Nak jadikan cite, barang tu rosak, so, ape jadi? still die untung Rm5. Kan kan? Untung Rm5 ni boleh die beli barang tu, kemudian jual Rm15. Untung Rm10.
- Andai kata takde duit nak beli barang tu. Nak hutang Rm15,. Tak boleh! Mesti die suruh bayar paling kurang Rm5. Sebab ape? Paling kurang die dapat beli barang tu satu. Dengan ni lah die dapat beli barang lain. Bijak kan?
- Bila masuk bab perkhidmatan macam baiki barang. Mesti suruh tinggal barang kat kedai. mane boleh ambik hari. Kenape? Sebab nak bagi nampak susah baiki barang tu. Walaupon kecik je kerosakannya, tetap kene tinggal jugak. Andai kata die baiki jugak kat situ dan kerosakan tu sikit je, then die charge Rm5. Logik tak bagi korang? Heee..mesti tak. Bila kita tinggal barang tu lame, mind set kita akan cakap yang mesti kerosakan besar nih. Bila kerosakan besar, maka bayaran pon besar.
Ni lah die, ustaz tu bagi tau. Sebenarnya banyak lagi yang aku dengar. Pak sedara aku pon ade cite jugak. Ni dari segi penjualan barang yang kene pasang. Macam komputer gitu. Sebagai contoh, Dekstop Dell yang sebijik dikeluarkan oleh Dell, mesti mahal harganya jika nak dibandingkan dengan dekstop yang dipasang pasang dalamnya. Begitu jugaklah caranya. Barang yang dibeli asing-asing, untuk dipasang dijadikan dekstop, lagi murah harganya. Cara ni dah banyak orang pakai. Ape yang dikonklusi kan? Majulah ekonomi untuk negara Malaysia. Sama-sama kita majukan ekonomi orang melayu.....

0 comments:
Post a Comment