Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah dengan apa yang dibagi oleh-Nya. Bila aku fikir-fikir, banyak yang Allah bagi kat aku. Bila fikir dalam dalam, Allah dah tetap laluan hidup aku ni untuk kerja agama.
Ada satu kisah Aisyah r.anha, isteri Rasullulah, satu malam ada seorg perempuan dengan 2 org anaknya yang sedang kelaparan. Perempuan itu mengetuk pintu rumah dan Aisyah r.anha memberikan 3bijik tamar kepada setiap sorang. Oleh sebab lapar sangat, kedua dua anaknya itu meminta buah tamar ibunya itu. Tanpa fikir, cepat si ibu membahagikan separuh buah tamar kepada setiap anaknya itu. Bila Aisya r.anha melihat situasi ini, beliau tersentuh dengan perbuatan si ibu yang sangat sayang kepada anaknya dan menceritakan peristiwa ini kepada Rasullullah s.a.w. Selepas menceritakan, Rasulullah memberitahu Aisyah r.anha bahawa kasih sayang Allah kepada manusia 70 kali ganda kasih sayang si ibu tadi kepada anaknya.
Begitu sayang Allah pada kita semua ni. Banyakkanlah mengucap Allhamdulillah. Bila duk sorang-sorang tuh, ucaplah Alhamdulillah. Tak rugi kalau sebut. Kan Kan? :)
0 comments:
Post a Comment